“Saya Beri Tempoh 48 Jam Untuk Menyerah” – Dit1pu Sc4mmer, Siti Sarah Buat Laporan Pol1s

Penyanyi dan usahawan Siti Sarah tampil membuat laporan polis selepas ditipu oleh seorang wanita yang berselindung di sebalik jawatan ejen dropship yang telah mencemarkan nama diri dan syarikat miliknya.

Menurut Sarah, pen1puan yang sudah berlangsung selama dua bulan itu baru diketahuinya semalam selepas membuat mesyuarat mingguan dengan kakitangan syarikat Loveta miliknya.

“Macam mana orang boleh terfikir dalam keadaan sekarang nak men1pu. Benda ni dah memburukkan nama saya bila pen1pu ini berdolak-dalik dengan pelanggan di mana pihak syarikat tidak menerima sebarang order daripada dia.

Kalau kata sekali dia buat macam tu, kita boleh anggap macam kesilapan dan kita faham. Tapi kalau dah dua, tiga kali, maknanya dia buat benda ni dengan niat.

“Saya sangat sedih, sebelum ni pernah dikaitkan dengan SPRM, terus benda ni buat saya jadi fob1a, takut.

Saya taknak semua orang menganggap dropship saya men1pu sebab ada orang yang betul-betul buat duit dan cari rezeki dengan syarikat saya,” ujar Sarah kepada Gempak.

Sarah ditemui semasa sidang media tergempar yang berlangsung secara maya sebentar tadi.Laporan polis tersebut telah dibuat oleh pengurus pemasaran, Rizam Mahyuza yang mewakili Sarah bertempat di balai polis Mutiara Damansara pada 6.30 petang, semalam.


Menurut Rizam, setelah diselidik latar belakang wanita terbabit, dia bukan sahaja menjadi ejen dropship bagi perniagaan Sarah tetapi banyak lagi syarikat lain.

“Penipuan ini dah berlangsung selama dua bulan, bayangkan daripada bulan puasa pelanggan tunggu barang, barang tu tak perlu pre-order pun, memang ada stok. Jadi pelanggan membuat aduan kepada pihak syarikat dan dari situ kami dapat tahu siapa yang buat kerja ni.

“Bila kami selidik latar belakang wanita ini, dia bukan hanya mendaftar sebagai dropship syarikat kami sahaja tetapi menjadi ejen untuk banyak syarikat lain.

Untuk mengelakkan ramai lagi yang tertipu, sebab tu kami buat benda ni,” ujarnya lagi.Menurut bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-3 ini lagi, dia tidak menyangka niatnya untuk membantu mereka yang memerlukan telah terpalit ke muka sendiri.

“Saya tak terfikir langsung akan jadi benda-benda macam ni, mungkin saya terlalu bersangka baik dan tak jangka ia akan terkena pada diri saya.

Lepas ni memang saya bercadang untuk menaiktaraf sistem.“Saya bukan nak aniaya orang, saya buat bisnes ni untuk nak tolong orang.

Komen Netizen:

Tapi saya nak tolong siapa yang nak ditolong,” katanya.Susulan selepas laporan dibuat, wanita terbabit diberi tempoh 48 jam untuk tampil bagi menjelas dan membersihkan segala penipuan yang dilakukan.

“Saya akan memberi individu ini tempoh 48 jam untuk dia bersihkan segalanya sebelum dia ditangkap. Dalam tempoh ini juga dia perlu berhubungan dengan pihak kami dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Jika dalam tempoh 48 jam ini tiada apa-apa respon daripada pihak tersebut, kami akan membuat satu lagu laporan polis susulan bagi jen4yah komersil,” ujarnya dengan nada serius.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*