[VIDEO] Budak menangis tengok gambar ibu bapa sebab rindu, “Depan mata pon drama…”

Apabila merindui seseorang yang kita telah lama tidak jumpa, apa yang kita mampu buat adalah melihat gambar kenangan lama dan berharap kita dapat berjumpa lagi ahli keluarga atau rakan yang kita rindui suatu hari nanti.

Tetapi ada juga individu yang kita rindui tetapi tidak dapat temui kerana mereka tiada lagi dalam hidup kita, dan membelek album gambar adalah satu-satunya cara untuk mengub4t rindu itu.

Sebuah video TikTok yang dikongsikan baru-baru ini contohnya telah mencuit hati ramai apabila seorang kanak-kanak menangis sambil memegang bingkai gambar ibu bapanya.

Dalam video oleh pengguna emiliaemeleen itu, budak perempuan berkenaan kelihatan sangat sedih sambil memeluk sebuah bingkai gambar.

Dia kemudian menunjukkan gambar tersebut pada kamera sambil menunding ke arah dirinya bersama ibu bapa ketika keluar bersiar-siar.

Apabila ditanyakan mengapa dia begitu sedih, kanak-kanak itu berkata dia rindu, membuatkan ibunya ketawa kerana dia ada di hadapan anaknya itu.

Video yang dikongsikan dengan kapsyen “Tiada org nk ambik utk brlakon ke…” turut membuat ramai terhibur di samping ada yang berpendapat mungkin apa yang dimaksudkan kanak-kanak berkenaan adalah dia rindu untuk meluangkan masa di luar rumah.

“Depan mata pon drama…”

“RIndu nak berjalan-jalan…”

“Skali dgr suara mummy ckp…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*