Tak Sangka! Ini Jumlah Anggaran Nilai Harta 5 Artis Terkaya Di Indonesia

Bukan menjadi rahsia lagi kerjaya artis mamou memberikan pendapatan yang lumayan. Berikut adalah 5 artis terkaya di Indonesia yang pasti anda tidak sangka siapakah orangnya. Scroll sampai habis okay!

Krisdayanti- 270 Bilion Rupiah

via Instagram @krisdayantilemos

Bekas isteri Anang Hermansyah ini menduduki tempat kelima artis paling kaya di Indonesia. Diketahui kekayaan Krisdayanti bernilai sekitar 270 bilion Rupiah . Isteri ahli perniagaan Timor Leste ini juga sering menghabiskan puluhan juta untuk raw4tan kulitnya. Kekayaan Krisdayanti diperoleh dari pelbagai bisnes yang meliputi seluruh wilayah Indonesia.

Syahrini – 280 Bilion Rupiah

via Instagram @princessyahrini

Isteri kepada Reyno Barack ini menduduki tempat keempat artis terkaya di Indoseia. Kekayaan yang dimiliki oleh Syahrini dianggarkan bernilai 280 bilion Rupiah. Pelantun lagu Maju Mundur Cantik ini seringkali tampil mewah dalam kehidupan seharian.

Kekayaan ini juga diperoleh daripada bayaran “manggung” yang sangat mahal. Bukan itu sahaja, Syahrini juga diketahui memiliki aset yang banyak seperti tanah, rumah, dan beberapa perniagaan yang diuruskan olehnya.

Inul Daratista- 300 Bilion Rupiah

via Instagram @inul.d

Inu Daratista atau nama sebenarnya Ainur Rokhimah merupakan figura lagenda dangdut yang sangat energetik yang menduduki tempat ketiga artis terkaya di Indonesia. Kekayaan Inul Daratista dikatakan telah mencapai 300 bilion Rupiah. Beliau yang sangat berbakat dalam bidang nyanyian mempunyai perniagaan karaoke pelbagai daerah di Indonesia.

Raffi Ahmad- 400 Bilion Rupiah

via Instagram @raffinagita1717

Nama Raffi Ahmad sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Indonesia. Kekayaan suami kepada Nagita Slavina ini bernilai sekitar 400 bilion Rupiah. Disebabkan kerja kerasnya dalam dunia hiburan, Raffi Ahmad mendapat gelaran sebagai sultan Andara disebabkan asetnya yang hebat.

Raffi Ahmad juga menceburi pelbagai perniagaan seperti RANS Entertainment, kulinari, kelab bola sepak, dan banyak lagi. Wajahnya sering terpapar di layar kaca Indonesia dan namanya turut tersenarai sebagai salah seorang presenter yang terkenal tanah air. Raffi Ahmad juga dikatakan cukup akrab dengan aktor Korea dan penyanyi kumpulan Super Junior, Choi Siwon.

Agnez Monica- 450 Bilion Rupiah

via Instagram @agnezmo

Penyanyi Agnez Monica menduduki tempat pertama sebagai artis terkaya di Indonesia dengan kekayaannya yang berjumlah 450 bilion Rupiah. Bukan sahaja meraih kekayaan daripada karier industri seni, beliau juga memiliki perniagaan berkaitan industri fesyen dan makanan.

Walaupun tersenarai sebagai artis terkaya di Indonesia, sikapnya dipuji orang ramai kerana dia dianggap sebagai artis yang tidak pernah mempamerkan kekayaannya.

Sangat humble!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Murai.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*