Obor2 mainan pula viral diminta jangan beli sebab ‘berh4ntu’, rupanya diperhati 2 si comel

Nampaknya selepas kemunculan mainan kaktus viral yang boleh mengikuti suara kita sambil menari, satu permainan terbaru pula menjadi perhatian pengguna TikTok.

Obor-obor mainan atau lebih mudah dicari di aplikasi Shoppe yang kini menjadi trend terbaru iaitu Jellyfish Aquarium Led membuatkan keunikannya pula viral menjadi bualan h4ngat wargamaya di aplikasi tersebut.

Biarpun begitu, satu perkongsian daripada pengguna atas nama Syakillah Rahmad berkata ia permainan berh4ntu sekali gus mengejutkan netizen membaca kaspyen di hantaran videonya baru-baru ini.

“Berhantu guys… esok dah boleh buang guys,” tulisnya diruangan kapsyen.

Manakala melalui video itu dia memberitahu untuk tidak membeli mainan viral itu dan menjelaskan sebabnya kepada umum sehingga perkongsian yang dimuatnaik dengan disertakan video mendapat ribuan tontonan.

Ini kerana dia juga mendedahkan sebabnya berpesan sebegitu kerana ada benda yang memerhati disamping videonya ditinggalkan ratusan reaksi diruangan komen.

Disangkakan satu yang begitu seram namun rupa-rupanya benda yang memerhatikan itu adalah dua ekor kucingnya lalu mencuit hati ramai dengan seloroh wargamaya terhadap si comel itu.

“Ingatkan ubur-ubur yang memerhati, rupanya diperhati”

“Dia perhati je, kalau hilang ni memang dah tahu la siapa punya keje ni”

“Hahaha aku punya nervous tengok video ni”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*