Pelajar nak4l, kelas tercorot bangkit ketika STPM sampai mak ayah tak percaya dapat masuk U… sekarang rasa nak pelvk cikgu!

BUDAK kelas belakang pun boleh berjaya.

Begitulah kata-kata yang diungkapkan oleh Ebby Azra Mardin, 21, yang juga pelajar semester dua bidang Seni Persembahan Teater di Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi).

Mesra disapa Abby, dia mengakui dirinya seorang pelajar yang nakal dan pernah dianggap tidak mempunyai masa depan cerah.

Namun, anak jati Pahang itu menebus semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setelah melangkah kaki ke tingkatan enam dan berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading dengan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

“Saya nak4l sangat, kalau boleh tak nak ingat semua tu. Saya memang deg1l. Bila ingat balik, dulu macam tak matang. Saya terfikir, kenapa tak belajar betul-betul.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Ada cikgu kata saya ni tiada masa depan. Itu pemikiran saya ketika tak matang, saya salah anggap. Tapi bila fikir balik sekarang, apa yang cikgu kata tu untuk kebaikan, dia nak saya berubah.

“Kalau cikgu tak cakap macam tu, saya mungkin tak akan berusaha masa STPM sampai boleh masuk universiti.

“Sebelum masuk tingkatan enam, saya duduk kelas belakang. Tapi saya bangkit dan masuk tingkatan enam, pada waktu itu saya banyak berubah,” ujarnya kepada mStar.

Ebby merupakan pelajar bidang Seni Persembahan Teater.

Menurut Ebby, dia juga hampir berputus asa ketika berada di tingkatan enam kerana banyak gagal dalam peperiksaan.

Namun, dia nekad untuk belajar bersunggu-sungguh demi membuktikan bahawa dia juga mampu berjaya seperti orang lain.

Mak ayah sangat gembira, sanggup tutup kedai untuk hantar saya masuk Upsi.

EBBY

Tambah Ebby lagi, dia cukup berterima kasih dengan jasa guru-gurunya dalam mendidik dan memberi ilmu selama ini.

“Saya pernah nak berhenti tingkatan enam. Banyak subjek saya repeat. Masa tu down, tapi kita kena kuatkan semangat. Cikgu nak yang terbaik untuk kita.

Ebby bersama ibu bapanya.

“Saya kalau boleh nak jumpa cikgu-cikgu, nak pelvk mereka. Nak cakap terima kasih sebab pernah ajar saya. Pernah beri ilmu, pernah tegur saya sehingga boleh masuk universiti,” ujarnya.

Kata Ebby, dia juga tak kisah berkongsi kisah lama mengenai dirinya kerana mahu memberi inspirasi kepada para pelajar.

“Untuk adik-adik kelas belakang, jangan rasa terbeban atau putus asa. Sebenarnya masih tak terlambat untuk kita bina masa depan.

Kedai makan yang diusahakan oleh ibu bapa Ebby.

“Kita kena bangkit dan buktikan pada cikgu bahawa budak kelas belakang pun boleh berjaya, sebagaimana budak kelas depan,” ujar anak kelima daripada enam beradik itu.

Menurut Ebby, ibu bapanya juga seakan-akan tidak percaya ketika dia menerima keputusan diterima menyambung pengajian ke Upsi.

“Mula-mula mereka tak percaya. Dah tunjuk bukti baru percaya. Mak ayah saya ada kedai makan. Kedai Cik Ana Selera Kampung di Muadzam Shah.

“Mak ayah sangat gembira, sanggup tutup kedai untuk hantar saya masuk Upsi. Saya rasa bangga tengok mak ayah gembira.

Ebby mahu bergelar guru teater suatu hari nanti.

“Ada juga yang fikir jurusan saya ini mudah. Tapi ia tak semudah disangka. InsyaAllah nanti saya akan sambung lagi dan mahu bergelar guru teater suatu hari nanti,” ujarnya lagi.

Ebby turut berkongsi video kisahnya itu menerusi TikTok sehingga meraih 400,000 tontonan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*