Kucing Terikut Naik Bot Sekali Buat Muka Sedih, “Dia Mabvk Tu…”

Kucing memang selalunya akan melakukan perkara-perkara di luar jangkaan dan selalu mengejutkan ramai dengan telatahnya ini. Sama seperti gelagat seekor kucing ini yang dijumpai turut menaiki sebuah bot baru-baru ini.

Namun apa yang melucukan ialah reaksi kucing tersebut yang akhirnya kelihatan seperti menyesal kerana menaiki bot itu secara senyap. Malah reaksinya selepas berada di dalam bot itu turut membuatkan rata-rata netizen berdekah melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video memberitahu dia tidak sedar bagaimana kucing tersebut ada menaiki bot mereka itu. Kejadian ini juga hanya disedari selepas mereka berada di tengah-tengah laut dan sudah tidak dapat berpatah balik semula.

Lebih mencuit hati, kucing itu hanya kekal duduk diam di situ dengan reaksi wajahnya yang sedih. Mungkin juga kucing itu berasa menyesal dengan tindakannya menaiki bot itu semasa di jeti.

Sewaktu ditegur oleh lelaki itu juga, kucing itu hanya memandangnya dengan raut wajah yang sedih dan tidak bergerak dari tempatnya. Ada juga yang menganggap mungkin kucing itu berasa mabvk laut selepas menaiki bot itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat selamba kucing ini. Ada juga netizen yang berseloroh pastinya kucing itu menyesal dengan apa yang berlaku dan tidak akan melakukannya lagi pada masa hadapan.

“Dia mabvk tu, dulu pernah jugak turun trip kucing ikut. Lemb1k lutut dia mabvk.”

“Dia teringat anak bini kat rumah tu. Pengorbanan seorang suami mencari rezeki untuk keluarga.”

“Menung jauh dia mengenang nasib.”

“Nak cuba sangat kan cari ikan sendiri, nak yang fresh katakan…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*