Nama kena pet1k ditvduh ada k0nflik dengan Lan Solo dan Syura Badron… Siti Nordiana minta nasihat peguam

PENDED4HAN penyanyi Lan Solo dan Syura Badron berkaitan konflik yang berlaku dengan Siti Nordiana di sesi Instagram live pada Selasa malam mengejutkan ramai pihak.

Susulan itu pengurus penyanyi itu, Anas Osman yang dihubungi mStar berkata, Siti Nordiana sedang berbincang daripada peguam sebelum memberikan sebarang kenyataan.

“Saya pun baru tahu hal ni, so far saya tak mahu komen apa-apa. Saya sudah beritahu Nana.

“Nana pun baru tahu dan sekarang dia sedang berbincang dengan peguam dia dahulu sebelum beri kenyataan,” ujarnya.

Terdahulu, isteri kepada Lan Solo iaitu Nur Sheila Hashim bersama Syura Badron tampil meluahkan perasaan dan menjawab persoalan berhubung konflik yang berlaku antara mereka dan Siti Nordiana.

Shiela berkata, dia berasa terkilan apabila dikatakan menumpang populariti penyanyi tersebut sehingga sesetengah pihak produksi enggan memberi ‘job’ kepada mereka.

“Saya dan Lan ambil keputusan untuk unfollow Nana dan Anas manager dia. Cukup kami dibvruk-burvkkan. Apabila sampai dekat production, kami pula dikatakan fitnah dia.

“Boleh tanya semua, saya tak pernah cerita dekat pihak production mahupun fans club semua pihak. Secara terbuka hari ni saya cerita.

“Saya, Syura dan kawan-kawan lain tak boleh dah. Ada orang DM (mesej langsung) saya kenapa Syura hantar makanan dekat saya sahaja dan tak hantar dekat Nana,” ujarnya menerusi siaran langsung itu.

Enggan terus mengeruhkan keadaan, mereka berharap Siti Nordiana tampil menjelaskan apa yang berlaku.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*