Ingatkan Tersangkut Tepi Eskalator, Rupanya Kena Pr4nk Dengan Oyen

Kadang kala ada masanya kita akan dikejutkan dengan gelagat tidak dijangka dari kucing terutamanya kucing berwarna oren atau si oyen. Sama macam situasi yang dikongsikan gadis ini yang menemui seekor kucing yang kelihatan seperti dalam bahaya.

Namun siapa sangka, itu sebenarnya hanyalah satu pr4nk dan bukannya kejadian yang betul. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ia meraih lebih tiga juta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut berdekah melihat plot twist di penghujung video.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing berwarna oren itu dilihat tersangkut di bahagian tepi sebuah eskalator. Melihatkan keadaannya seperti dalam kesusahan, gadis itu kemudian mula berasa kasihan dan ingin membantunya.

Namun sebaik sahaja dia mendekatinya, kucing itu kemudian mengeluarkan diri dari situ dan berlalu pergi dengan selambanya. Malah gadis itu turut sama terkejut apabila mendapati dirinya seolah-olah sudah dit1pu oleh kucing tersebut.

Bukan itu saja, ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana kucing itu mampu memuatkan dirinya di dalam ruang yang kecil itu. Jika dilihat pada saiz ruang di situ, agak mustahil untuk kucing sebesar itu untuk memasukkan badannya ke dalam.

Meninjau di ruangan komen, aksi selamba kucing itu turut menarik perhatian ramai. Ada juga yang berseloroh sudah tentunya kucing berwarna oren seperti ini pastinya tidak dapat dipisahkan dengan drama mereka yang tersendiri.

“Sudah ku bilang, kucing itu benda cair.”

“Maaf anda kena prank.”

“Geram mata oyen tu.”

“Kucing ni ketahanan badan mereka kuat dari manusia…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*