Pekerja Kurier Terima Ikan Hidup Untuk Dihantar, “Dapat Layanan VVIP…”

Memandangkan sekarang ini kita digalakkan untuk duduk di rumah sahaja, mestinya ramai yang selesa membeli barang secara online sahaja. Dalam banyak-banyak barang yang dibeli, tahukah anda ikan hidup juga boleh dibeli secara atas talian?

Itulah situasi yang dikongsikan oleh seorang pekerja kurier ini apabila dia menerima bungkusan ikan hidup untuk dihantar. Reaksinya semasa menerima bungkusan itu juga turut sama membuatkan netizen berdekah melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pekerja itu memberitahu ini adalah kali pertama dia melihat bungkusan ikan hidup yang perlu dihantarnya. Malah turut dapat dilihat terdapat tulisan label “Ikan Hidup” pada bungkusan itu yang ditulis oleh penjual.

Apa yang menarik perhatian ialah reaksi pekerja kurier itu yang kemudian menjaga bungkusan itu dengan begitu cermat sekali. Dia turut meletakkan bungkusan itu begitu dekat dengan aircond di dalam keretanya kerana bimbang ikan tersebut m4ti.

Dalam masa yang sama, pekerja itu sempat berseloroh hanya bungkusan itu yang menerima layanan VVIP seperti itu memandangkan di dalamnya ada terdapat haiwan hidup yang perlu dijaga nyawanya.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat bagaimana pekerja itu menjaga bungkusan ikan hidup itu. Ada juga yang memberitahu mereka juga sering kali membeli ikan hidup secara atas talian dan berjaya menerimanya dengan selamat.

“Adik saya selalu beli ikan online tapi ternyata ikan tu hidup…”

“Laki aku pun beli ikan guna pos. Alhamdulillah masih hidup sampai harini.”

“Ikan nak rentas negeri tu…”

“Ikan laga memang lasak kalau pakai pos sekalipun…”

Sumber : tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*