“Kalau Jatuh Kerana Manusia, Bangunlah Kerana Allah…” – Netizen Love Komen Saiful Apek, Dilabel Paling Rasional

Pelawak dan pelakon, Saiful Apek mendpaat perhatian netizen selepas meninggalkan komen berkaitan dengan isu h4ngat yang berlaku antara Ustaz Ebit Lew, Caprice dan Nadir.

Komen yang ditulis di posting Ebit Lew sehari sebelum bermulanya sesi live dermawan tersebut kini telah menerima lebih 14,000 tanda suka.

Menerusi coretannya, Apek menyatakan sebagai manusia sudah pasti ada fasa ujian yang perlu dilalui dalam kehidupan dan ketika ini ketiga-tiganya itu sedang melaluinya.

“Kalau semuanya mudah dan tidak duji, itu bukan ‘dunia’ namanya… Itu ‘syurga’. Tapi demi kebenaran dan kasih sayang, kita perlu pertahankan.

“Kalau jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah S.W.T. Semoga dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.

Dalam pada itu, netizen juga bersetuju dengan coretan Apek dan menyatakan komen yang diberikan pelawak itu sangat neutral serta tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Selain itu, netizen juga berpendapat komen yang diberikan Apek ini juga sangat rasional dengan situasi h4ngat yang sedang berlaku.

Terdahulu nama Caprice menjadi kontr0versi selepas memuat naik beberapa hantaran di Instagram (IG), meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak dibenarkan masuk ke Gaza.

Isu menjadi semakin panas apabila nama Ebit Lew turut disebut dan warganet mengec4m tindakan tersebut sehingga mend4kwa Caprice berdengki dengan penceramah bebas tersebut.

Rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Nadir Al-Nuri kemudian menjadi tumpuan apabila memberi teguran mengenai misi kemanusiaan Ebit Lew dan pasukannya di Gaza.

Antara yang disentuh dalam teguran tersebut adalah mengenai cara pembelian barang bantuan dan mend4kwa pihak Ebit membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan m ke Gaza tanpa menggunakan khidmat NGO tempatan di negara tersebut.

Bagaimanapun pada 22 Julai 2021 (semalam), Ebit tampil menjawab kesemua dakwaan yang dilemparkan kepadanya menerusi sesi live di Instagram.

Ebit menegaskan terpaksa membuka mulut selepas menerima banyak hinaan sehingga menganggu anak dan isteri termasuk keluarga seperti arw4h bapanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*