Sakan bisnes! Ibu terkejut anak usia 4 tahun jadi ‘tauke’, buka ‘kedai’ mainan depan rumah… bila ramai nak beli tak jadi jual pula

MACAM-macam ragam anak-anak kecil sepanjang berada di rumah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Begitulah yang berlaku pada si cilik yang membentangkan sejumlah permainannya yang disusun cantik di luar pintu pagar rumah.

Disangka untuk bermain, rupa-rupanya si anak mahu menjual kesemua permainan yang dibentangkan itu pada harga RM5!

Bapa kepada kanak-kanak itu, Abdul Rashidde Jemain tampil menjelaskan bahawa kejadian berlaku pada petang Khamis minggu lalu ketika dia keluar bekerja.

Lelaki berusia 31 tahun itu dimaklumkan isterinya yang ketika itu berada di rumah mengenai anak lelaki mereka, Hadif Mishary, 4, empat tahun menyuarakan hasrat untuk menjual permainannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Anak saya beritahu isteri yang dia nak jual mainan. Isteri saya pada mulanya menyangka anak saya sekadar nak main-main saja, jadi dia pun melayan.

“Isteri saya tanya ‘abang (panggilan anak) nak jual berapa?’. Dia jawab ‘abang tak nak harga besar-besar, RM5 je’. Jadi isteri pun tulis pada sekeping kadbod,” katanya kepada mStar.

Anak Shide meminati adiwira Spider-Man.

Shide berkata, anak sulungnya itu kemudian membawa bakul yang mengandungi sejumlah permainan ke luar rumah sebelum menyusunnya satu persatu di luar pintu pagar.

“Sekali betul-betul dia nak jual permainan dia. Terdapat kira-kira 12 patung superhero yang disusunnya sendiri. Dia panggil kawan-kawan, yang merupakan anak-anak jiran,” ujarnya.

Sebahagian koleksi permainan anak Shide.

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, ‘kedai jualan’ anaknya itu menarik perhatian rakan-rakannya sehingga ada yang menawarkan untuk membeli.

“Budak-budak minat superhero, jadi patung mainan tu memang laku. Tapi tiba-tiba anak tak jadi jual pemainan pula, sebaliknya dia ajak kawan-kawan dia main bersama… tak tahu sebab apa berubah fikiran,” ujarnya yang menetap di Pasir Gudang, Johor.

Bagaimanapun kata Shide, anaknya tu sememangnya mempunyai semangat untuk berniaga kerana sering menemaninya menjual kasut terpakai (bundle) sejak Ogos 2020.

“Saya berniaga kasut bundle secara kecil-kecilan. Dia suka ikut saya berniaga kasut bundle, jadi saya bawa dia temankan saya menjual sama ada di pasar pagi atau di kedai di Pasir Gudang.

“Bila tak ada pelanggan, anak akan cakap ‘tak ada orang beli pun?’. Lepas tu bila nampak orang lalu atau tengok kasut, dia akan cakap ‘beli-beli’ macam nak promote pujuk orang beli,” katanya yang kini menumpukan jualan secara dalam talian berikutan pelaksanaan PKP.

Anak Shide sering menemaninya berniaga kasut bundle.

Dalam pada itu, Shide yang bertugas sebagai juruteknik sepenuh masa mengakui anaknya mempunyai banyak koleksi permainan, di mana sebahagiannya daripada stok yang tidak terjual sewaktu berniaga barang permainan dari 2018 hingga 2019.

“Anak saya ni memang suka mainan superhero. Paling dia suka Spider-Man, banyak juga koleksi Spider-Man dia.

“Dia ni seorang yang aktif dan lasak serta ceria. Suka juga tengok kartun, berebut depan TV dengan adik perempuan dia yang berusia dua tahun,” katanya sambil menambah menjual kasut bundle berharga antara RM25 hingga mencecah lebih RM100 sepasang.

Shide (baju putih) bersama keluarga.

Walau bagaimanapun, dia tidak menyangka anaknya itu menetapkan harga RM5 untuk setiap permainan yang dibentangkannya di luar rumah, kononnya untuk dijual pada hari berkenaan.

“Ini kerana masa dia masih kecil lagi, saya dan isteri selalu buat simpanan setiap RM5 dalam tabung untuk dia. Kebanyakannya RM5, mungkin itu sebab anak pun terikut sebut RM5… tapi sekarang semua duit tabung tu dah dimasukkan ke dalam akaun bank,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*