Kisah ‘sedih’ para lelaki tunggu wanita depan Watsons buat ramai tertawa

Selain kedai RM2 atau turut dikenali Eco Shop tentu sahaja kedai seperti Watsons, Guardian dan sebagainya menjadi tempat kegemaran ramai untuk mencari barangan penjagaan diri.

Ia juga dikenali sebagai salah satu tempat ‘s4ka’ oleh para wanita kerana apabila memasuki kedai tersebut pasti susah ingin menemukan jalan pulang.

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah wanita ketika membeli barang pasti akan diteliti terlebih dahulu sekali gus akan menyebabkan waktu yang lama untuk memilih. Sama seperti situasi yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini yang menjadi tumpuan di ruangan TikTok.

Dia berkongsikan kisah sedih para lelaki disaat menemani insan tersayang memasuki Watsons yang tidak mengambil masa yang sekejap malah lebih dari satu jam apabila dia mengambil keputusan untuk merakam situasi itu.

Lebih melucukan, terdapat juga beberapa orang lelaki sedang menunggu insan tersayang mereka di hadapan Watsons sehingga mengundang netizen terhibur.

Lalu menjengah ke ruangan komen melalui video itu, netizen menghujani dengan respon berseloroh dengan situasi biasa terjadi kepada mereka itu dan ada juga yang sebaliknya.

“Aku yang lelaki pun 30 minit belum tentu lagi keluar”

“Sepatutnya mall kena letak kerusi depan Watsons ni”

“Jam ketiga dah ada geng…”

Sumber : TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*