Gelagat Warga Asing Teruja Nak Div4ksin Buat Ramai Tersenyum

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang sudah menerima sunt1kan vaks1n pertama bagi melindungi diri dari penularan Cov1d-19. Tentunya pengalaman menerima sunt1kan vaks1n ini adalah pengalaman yang menggembirakan seperti yang dilalui oleh seorang warga asing ini.

Gelagatnya yang begitu teruja untuk menerima suntikan vaks1n ini turut menarik perhatian ramai baru-baru ini. Malah lelaki itu siap mengambil gambar di setiap sudut dek kerana terlalu gembira dan teruja dengan pengalaman baru ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, warga asing itu dilihat sedang asyik mengambil gambar semasa di pusat pemberian vaks1n itu. Menurut pemilik video, lelaki itu siap mengambil gambar di pelbagai sudut untuk merakamkan pengalamannya itu.

Dia juga sempat berbual dengan petugas di pusat pemberian vaks1n itu dan memberitahu dirinya berasal dari Nepal. Malah petugas itu juga sempat mengusik gayanya yang seolah-olah seperti Azwan Ali yang tidak henti-henti mengambil gambar.

Bukan itu saja, malah di penghujung video warga asing itu kemudian diminta untuk duduk apabila dia cuba sekali lagi untuk mengambil gambar di tempat yang lain pula.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat warga asing ini yang begitu teruja dan gembira. Ada juga yang berseloroh mungkin dia mahu mengirimkan gambar tersebut kepada keluarga yang berada di kampung.

“Dia nak tunjuk kat orang kampung dia dapat vaks1n awal…”

“Terima kasih sebab beri layanan yang baik dekat dia…”

“Orang Malaysia pun ramai tak dapat lagi…”

“Hahahaha yang last tu azwan ali sangat…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*