Layan Angin Kencang Depan Rumah, Gelagat Bapa Pula Raih Perhatian

Mempunyai hubungan yang baik di antara ibu bapa dengan anak-anak tentunya sesuatu yang sangat berharga dalam keluarga. Baru-baru ini, telatah seorang bapa mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat bergurau bersama anaknya yang sedang asyik merakamkan video.

Dalam masa yang sama, telatahnya ini turut membuatkan si anak berdekah apabila melihat lakonan dari bapanya ini. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat bapa yang berpura-pura dirinya terhuyung-hayang dek angin kencang.

angin

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu memberitahu pada awalnya dia cuba berkongsikan suasana angin kencang yang berlaku di hadapan rumahnya itu. Turut dapat dilihat, pokok-pokok di hadapan rumah yang bergerak mengikut keadaan angin itu.

Namun tidak semena-mena, muncul pula bapanya di situ sambil membawa getah paip ditangannya. Lebih melucukan, lelaki itu kemudian berlakon seolah-olah dirinya terhuyung-hayang gara-gara angin yang kuat itu.

Sebaik sahaja melihat gelagat si bapa, gadis itu turut berdekah melihat gelagat spontannya itu. Dalam masa yang sama, si bapa masih lagi ke hulur ke hilir dalam keadaan yang terhuyung-hayang.

Meninjau di ruangan komen, reaksi spontan dari bapa itu turut sama membuatkan netizen berdekah. Ada juga yang turut sama mencemburui perangai lucu bapa itu dalam menghiburkan anaknya itu.

“Nasib tak terbang je ayah awak tu…”

layan angin

“Dengan aku-aku sekali ketawa.”

bapa

“Kadang-kadang happy tengok kan ayah kita buat macam tu.”

komen

“Sampai melayang eh pak cik punya kuat angin.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*