“Dato ni mulut ja p0tpet p0tpet tapi…” – Netizen Puji Aliff Syukri Lepas Tonton Video Dia Dengan Pakcik Ni

Datuk Seri Aliff Syukri memang terkenal dengan mulut riuhnya dan sering terpalit dengan kontr0versi namun kali ini usahawan kosmetik ini mendapat pujian kerana ‘mulutnya’ juga.

Aliff yang berkongsi sebuah video di Instagram peribadinya dipuji pengikutnya di laman sosial itu kerana menurut mereka dia menunjukkan sisi baik yang boleh dicontohi.

Berdasarkan video tersebut, Aliff berkata ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dia telah ternampak seorang lelaki warga emas. Dia kemudian membuat keputusan untuk berhenti dan bertemu dengan pakcik itu serta berbual dengannya.

Umur 60 tahun, sehari dapat RM5-RM10

Ketika berborak dan ditanya, pakcik itu dengan nada sebak menceritakan tentang hidupnya yang hanya bergantung dengan hasil jualan tin serta botol kosong dikutip.

Katanya, dia berjalan selama 6 hingga 10 jam sehari untuk mencari botol dan disebabkan pandemik Cov1d-19 sekarang dia hanya memperoleh RM5 hingga RM10 sahaja sehari.

Lebih menyedihkan, jika bukan kerana pandemik ini pendapatannya masih rendah sebanyak RM30-RM40 sehari sedangnya perlu membayar sewa rumah RM200 sebulan dan menyara isteri serta anak-anak.


Susah dan tetap cari rezeki halal

Aliff sempat memuji pakcik ini yang berusaha mencari rezeki yang halal dan turut menghulurkan sedikit bantuan sebelum  beredar meninggalkan kawasan tersebut.

Katanya lagi, sumbangan itu adalah daripada sokongan pelanggan semua perniagaan dimilikinya serta turut berkata jika ada yang memerlukan bantuan bolehlah menhantar DM kepada dia sendiri atau pengurusnya.

Saya menghulurkan sedikit rezeki apa yang saya ada dan sokongan daripada anda semua yang membeli produk saya.”

“Dato ni mulut ja potpet potpet tapi suka tengok dengan orang tua beradab.”

Melalui ruangan komen, ramai pengikut Aliff di Instagram akui berasa seb4k terutamanya ketika melihat dia memeluk pakcik itu. Ramai yang memujinya kerana menyantuni dan beradab dengan orang yang lebih tua selain ada yang berkata mereka lebih suka jika dia berkongsi video sebegitu di masa akan datang.

Kalau kita rasa hidup kita susah, ada orang yang lebih susah. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang yang lebih kaya, tapi ingat pada mereka yang susah dan bersyukur…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*