Teruskan legasi selepas ayah sakit… lulusan SPM jual air soya mahu senangkan ibu bapa… remaja ada bakat edit video sedih tak mampu hadiah kejayaan

KETIKA rakan sebaya sedang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini selesa menguruskan perniagaan kecil demi menyambung legasi bapanya.

Menurut A’bid Mokhlis Abdul Shukor, 18, dia kini mengusahakan kedai minuman soya berdekatan kediaman keluarganya di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Mesra disapa A’bid, anak peneroka Felda Raja Alias 3 itu mended4hkan sudah terbiasa berniaga sejak kecil dan langsung tidak kekok untuk meneruskan minatnya itu.

“Abah seorang peneroka, pada masa sama dia sudah berniaga sejak saya kecil lagi. Dulu abah berniaga dengan motor roda tiga, lepas tu dia buka kedai soya.

“Dulu kami sekadar buka payung, kemudian baru buka gerai konkrit. Abah jatuh sakit pada 2015. Abah kena kenc1ng manis dan terpaksa potong ibu jari kaki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Kemudian abah sakit buah pinggang pula pada tahun 2019. Biasanya tiga kali seminggu jalani dial1sis.

“Jadi sekarang saya yang berniaga. Selain soya, saya juga ada jual taufufa, pisang goreng dan keropok lekor. Biasanya gerai itu dibuka bermula 12 tengah hari sehingga 6.30 petang,” ujarnya.

abid3

Kedai yang kini diusahakan A’bid.

Kata A’bid yang juga anak bongsu daripada sembilan beradik, dia tidak kisah meneruskan perniagaan itu dan berharap agar bapanya diberi kesembuhan segera.

Malah katanya, dia percaya dengan konsep rezeki dan mahu membantu keluarga biarpun dia tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Alhamdulillah ada yang bagi kata-kata semangat dan doakan saya.

A’BID

“Selepas SPM, saya ada terfikir untuk sambung belajar atau teruskan berniaga. Tapi saya dapat keputusan biasa saja. Saya pilih untuk hadap jalan ini walau kita tak tahu apa yang akan dilalui.

“Masa habis SPM hari tu saya down sikit. Sebab saya fikir abah dah berumur, saya tahu dia nak tengok saya berjaya, tapi saya tak mampu bagi.

“Tapi saya percaya dengan rezeki dan saya ada target untuk diri sendiri dan saya nak senangkan ibu bapa.

abid22

Selain air soya, A’bid turut berniaga pisang goreng dan keropok lekor.

“Dalam adik-beradik kami, enam dah kahwin. Tinggal tiga orang termasuk saya yang masih bujang,” ujarnya lagi.

Kisah A’bid mula mendapat perhatian selepas dia berkongsi video sedang menguruskan gerainya menerusi aplikasi TikTok.

Video itu menerima pujian ramai kerana suntingannya yang kemas dan menarik sehingga menerima puluhan ribu tontonan.

Menurut A’bid, dia juga minat dalam bidang penyuntingan video yang dilakukan secara suka-suka sebagai hobi masa lapang.

“Saya tak sangka video saya dapat perhatian. Alhamdulillah ada yang bagi kata-kata semangat dan doakan saya.

abid33

A’bid berkata dia sudah terbiasa membantu bapanya berniaga sejak kecil.

“Saya memang minat edit video. Itu sebenarnya hobi saya. Tapi saya cuma belajar sendiri, sekarang buat video guna telefon. Kalau ada rezeki, nanti nak beli kamera.

“Saya tak ada simpan cita-cita dalam bidang ini, cuma sekadar hobi. Saya buat video untuk hiburkan orang,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*