Wanita Sahut Cabaran Mekap 10 Saat, “K4ntoi Perempuan Sebenarnya…”

Setiap kali bersiap mahu keluar, kebanyakan perempuan pastinya mengambil masa yang banyak untuk bersiap terutamanya untuk melakukan mekap. Baru-baru ini pula, seorang wanita mencvri tumpuan ramai apabila dia berjaya menyahut cabaran melakukan mekap selama 10 saat sahaja.

Biasanya wanita akan menghabiskan masa yang lama untuk melakukan mekap, jadi sudah tentunya ianya kedengaran mustahil untuk melakukannya dalam masa 10 saat. Video tersebut juga tular dikongsikan dengan lebih sejuta tontonan setakat ini.

cabaran

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu menyahut cabaran yang agak popular dilakukan di platform Tik Tok itu. Di dalam cabaran ini, para wanita perlu menyiapkan mekap mereka hanya dalam masa 10 saat sahaja.

Sebaik sahaja cabaran itu bermula, wanita itu dengan pantasnya melakukan mekapnya itu dengan sepantas kilat. Malah dia sempat menggunakan makeup base dan lip tint untuk melengkapkan gaya mekap itu walaupun dalam masa yang singkat.

Turut dapat dilihat, wanita itu menggunakan lip tint itu pada bahagian bibir dan pipinya untuk memberikan sedikit warna. Kesudahannya, wanita itu berjaya menyiapkan mekap itu dalam masa yang ditetapkan sekaligus mengejutkan ramai netizen.

Di ruangan komen, netizen turut kagum melihat kepantasan wanita itu dalam menyiapkan mekap itu. Melihatkan kejayaan wanita ini, ada juga yang berseloroh rupanya wanita sebenarnya mampu untuk bersiap dalam masa yang singkat dan tidak perlu mengambil masa yang lama.

“Kantoi perempuan sebenarnya ada speed mode.”

wanita sahut cabaran

“Sebenarnya perempuan boleh je mekap cepat. Tapi saja je buat-buat lambat.”

mekap

“Kan boleh tu 10 saat je, ni sampai berejam jam.”

komen

“Serious lah laju g1la.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*