Pelajar UIA seb4k buka bungkusan replika kubvr, kemudian dengan rela hati dijadikan ‘hiasan’ di meja belajar

SETIAP yang hidup pasti akan merasai m4ti.

Walaupun tidak tahu bila waktunya akan tiba, kita wajar sentiasa mengingati hari kem4tian agar tidak leka dengan hal keduniaan.

Terbaharu, tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang gadis membeli replika kubvr secara dalam talian.

Menurut Fatin Nabila Ahmad Zainuddin, 22, dia ada alasan tersendiri dalam membuat pembelian replika unik itu.

“Saya ada tengok satu page Instagram keagamaan yang berkongsi mengenai replika kubvr. Jadi saya rasa tertarik untuk beli.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya rasa ia menarik. Ia dibeli menerusi Shopee pada harga sekitar RM55 pada minggu lalu.

“Mengenangkan zaman sekarang dengan pandemik Cov1d-19, mustahil untuk kita ke kubvr setiap hari.

1040110

Fatin mempunyai hampir 300,000 followers di TikTok.

“Apabila beli replika ini, ia akan mengingatkan saya mengenai kem4tian,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Fatin, dia mendedahkan replika itu diletakkan atas meja belajar dengan niat untuk memberi peringatan kepada diri sendiri saban hari.

Saya letak di meja belajar sebab sentiasa duduk di situ.

FATIN

Tambahnya, ia bukan sekadar mengingatkan tentang m4ti sahaja, malah memberi inspirasi kepadanya untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.

“Kita hidup dalam dunia ini, kita sentiasa nampak benda-benda keduniaan. Dengan replika ini, ia membantu saya untuk refleks apa yang patut dan tak patut saya lakukan.

“Replika ini seolah-olah memberi peringatan kepada saya dalam setiap tindakan yang dilakukan.

fatin2

Paparan skrin video yang dikongsi di TikTok.

“InsyaAllah ia dapat memberi peringatan sebab kita manusia, sifatnya mudah lupa. Apabila saya tengok replika itu, terus teringat kisah mengenai kubvr yang pernah ustaz-ustaz ceritakan.

“Saya letak di meja belajar sebab sentiasa duduk di situ,” ujar penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Di ruangan komen pada posting video itu, rata-rata netizen mengakui kali pertama melihat replika sedemikian rupa.

Fatin juga kelihatan beremosi dan sebak tatkala membuka bungkusan replika tersebut dalam video berkenaan.

1040110

Fatin kini sedang melanjutkan pengajian di UIAM.

Malah, ada dalam kalangan mereka turut menyuarakan hasrat untuk membeli replika sama.

“Beli kat mana? Bagus benda ni untuk mengingatkan kepada kematian setiap masa.

“Subhanallah bagus replika macam ni untuk sentiasa ingatkan kita.

“Allahuakhbar, rumah kekal abadi,” tulis beberapa netizen.

fatin3

Fatin merupakan pengasas platform Empower Quran.

Fatin banyak berkongsi content berkaitan dakwah kepada hampir 30,000 pengikut di TikTok dan pernah mendapat liputan mStar pada Januari lalu berhubung topik solat sunat Tahajud.

Malah, Fatin juga merupakan pengasas kepada Empower Quran, satu platform dalam talian yang memperkasakan ilmu al-Quran melalui kelas-kelas yang ditawarkan secara dalam talian.

Pada Ramadan lalu misalnya, Fatin turut mengadakan kelas al-Quran besar-besaran secara dalam talian.

Kini, platform itu mempunyai hampir 7,000 komuniti dari serata Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan turut mendapat penyertaan dari Korea serta Australia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*