Sempat meremp1t 3 tahun, wanita ini kongsi beza min4h remp1t zaman WeChat dan TikTok.. cara mekap pun lain! – “Yang penting contact lens kena pakai”

SETIAP orang ada kenangan tersendiri dalam hidup mereka.

Begitu juga dengan wanita ini yang mengimbas kisah sewaktu dia menjadi ‘m1nah remp1t’ ketika zaman remajanya.

Kisah itu mendapat perhatian selepas Siti Syazana Rusli, 25, membuat video tutorial ‘mekap remp1t’ menerusi aplikasi TikTok miliknya.

Mesra disapa Zana, dia mengakui tidak berniat membuka pekung sendiri sebaliknya mahu berkongsi kenangan lama yang masih segar di ingatannya.

“Sekitar umur 17 tahun selepas habis sekolah, sempatlah meremp1t sampai umur 19. Masa tu kita seronok dengan kawan-kawan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Jadi saya cuba buat tutorial mekap remp1t zaman itu. Saya terkejut sebab ia bukan viral di TikTok saja, tapi sampai Facebook dan YouTube.

“Bila buat tutorial mekap remp1t tu, teringat kenangan dulu dengan kawan-kawan. Kami tak pernah berlvmba motor, cuma selalu keluar lepak bersama,” ujarnya kepada mStar.

zana2

Zana (dua dari kanan) ketika zaman remajanya.

Kata Zana, ramai yang terhibur dengan video itu, tak kurang juga yang meninggalkan kec4man buatnya.

Namun kata wanita yang sedang hamil lima bulan itu, ia sekadar dibuat secara suka-suka, sekali gus mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan lama.

zana5

Zana kini sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama.

“Bila video tu viral, kawan-kawan lama saya pun ada contact. Ada yang masih berhubungan sehingga ke hari ini.

“Ada yang dah jadi mak, ada juga yang terputus hubungan. Saya tak kisah komen negatif, mulut manusia kita tak boleh tutup.

Saya terkejut sebab ia bukan viral di TikTok saja, tapi sampai Facebook dan YouTube.

ZANA

“Kalau diingat balik, berbeza rempit dulu dengan zaman sekarang. Zaman kami dulu guna WeChat. Sekarang ada Instagram, TikTok, YouTube dan sebagainya.

“Kita dulu tiada pended4han mengenai skincare, tak reti semua tu. Tapi yang penting pada zaman itu, contact lens kena pakai, mekap natural je,” imbasnya berseloroh.

zana3

Zana dan suami.

Sehingga kini, video ‘mekap remp1t’ yang dikongsi Zana di TikTok meraih hampir setengah juta tontonan.

Kata Zana yang baru mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, zaman itu sudah tinggal kenangan dan dia kini fokus terhadap rumah tangga dan perniagaan makanan Thailand yang diusahakan sejak dua tahun lalu.

Kata Zana yang menetap di Beseri, Perlis, kedai makan miliknya di Kuala Perlis sempat beroperasi dua bulan sebelum ditutup sementara akib4t Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

“Saya dah dua tahun berniaga makanan. Kemudian tahun lepas buka kedai. Sempat buka dua bulan saja, kemudian PKP.

zana4

Zana berniaga makanan Thailand sejak dua tahun lalu.

“Bulan pertama PKP memang terkesan. Tapi kita guna internet untuk promosi makanan, buat penghantaran, Alhamdulillah sekarang berjalan lancar.

“Saya memang suka makanan Thailand, selalu pergi ke sana. Saya pun ada ramai kawan dari sana. Jadi saya pilih untuk berniaga makanan Thailand,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*