[VIDEO] Ambil Upah Mengecat, Budak 11 Tahun Ini Hanya Minta Dibayar Dengan Beras

Pada saat negara sedang berjuang menghadapi anc4man wab4k Cov1d-19 ini, ramai sebenarnya yang terjejas. Ada mereka yang bergelar ibu bapa dan sudah kehabisan wang simpanan dan bekalan makanan.

Pastinya rungsing saat memikirkan bagaimana untuk meneruskan kehidupan dengan segala apa yang sedang berlaku ini. Namun, rezeki juga buat ibu bapa ini kerana ada diantara anak-anak mereka yang sanggup untuk susah senang bersama-sama.

Baru-baru ini tular kisah mengenai seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang sanggup untuk bekerja demi membantu keluarganya. Ada satu tindakan kanak-kanak ini yang telah membuatkan orang ramai berasa seb4k.

PILIH BERAS BERBANDING DUIT

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Tiktok milik Faeez Salleh, dia ada berkongsi beberapa video yang membuatkan warganet berasa seb4k malah ada yang turut menitiskan air mata.

Dalam video tersebut, dia ada memberitahu bahawa ada seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Hanif yang baru sahaja berusia 11 tahun datang bekerja dengannya untuk membantu keluarga.

Kerja yang dilakukan oleh Hanif juga bukanlah kerja yang susah dan membebankan. Ia hanyalah kerja mengecat meja. Namun, kesungguhan adik Hanif ini sebenarnya yang menimbulkan rasa seb4k dan kagum warganet.

Video:

Walaupun kebanyakan rakan seusianya lebih gemar untuk menghabiskan masa dengan bermain dengan rakan-rakan, dia memilih untuk melakukan kerja dengan penuh semangat dan tekun.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, saat ditanya akan soal upah, dia memilih untuk menerima beras sebagai upah berbanding wang ringgit. Kesedarannya untuk membantu keluarga pada usia yang sangat muda sangatlah mengkagumkan.

“Dia datang buat kerja dengan kita. Bagus budak ni. Kita tanya nak duit ke nak beras. Dia kata nak beras”, ujar Faeez Salleh.

Tidak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia sememangnya sangat pemurah dan sanggup untuk membantu sekadar termampu. Ramai yang meminta nombor akaun untuk mereka menghulurkan bantuan semampu mereka.

Ditambah pula dengan video tersebut yang tular sehingga mendapat lebih daripada 260 ribu tontonan, lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang nampak akan keadaan adik Hanif dan tergerak hati untuk membantunya.

Ramai juga yang berasa kagum dengan semangat adik Hanif dan mereka yang membantunya. Ramai juga yang mendoakan kebaikan buat adik Hanif.

Komen Netizen:

Faeez juga ada memuat naik video adik Hanif mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantunya itu.

Sama-samalah kita doakan agar urusan adik Hanif dan keluarga serta mereka diluar sana yang turut diuji sekarang ini agar dipermudahkan dan diperluaskan rezeki buat kita semua.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://aksesinfo.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*