“Mana Upin Ipin??” – Jalan Kaki 2 Minit Masuk Malaysia, TikTok Lelaki Indonesia Buat Netizen Gel1 Hati

Selalunya kalau kita nak masuk ke sempadan negara lain sebagai contoh ke Indonesia lah, sudah pastinya kita akan menaiki kapal terbang untuk ke sana kan?

Tapi seorang pengguna TikTok di Indonesia yang katanya nak ingin ke Malaysia ni memang betul-betul ‘jalan-jalan ke Malaysia’ selepas dia memaparkan videonya hanya berjalan kaki dua minit untuk masuk ke sempadan Malaysia.

Menerusi video itu @faryangga dilihat berjalan menuju ke satu pintu gerbang (pintu sempadan Malaysia-Indonesia) sambil memberitahu yang dia ingin bertemu dengan Upin Ipin.

Tak sampai beberapa minit, dia memberitahu yang dia sudah melepasi sempadan Malaysia. Wow tak payah bersusah payah naik flight ye ke Malaysia. 

“Lucu ngomong Bahasa Malaysia” 

Video itu membuatkan netizen Malaysia geli hati dengan cara pertuturan lelaki tersebut yang ingin mengikut loghat negara kita.

Malah ramai juga yang mengusik lelaki itu sama ada dia sudah bertemu dengan Upin Ipin atau tidak.

“Kayaknya sih di Aruk” 

Dalam pada itu, rata-rata netizen dari Indonesia mengagak kawasan itu terletak di Aruk iaitu wilayah perbatasan yang terletak di Kalimantan Barat.

Menurut Detik, Aruk ini adalah antara kawasan sempadan Malaysia-Indonesia yang paling moden dan telah dirasmikan Presiden Joko Widodo pada tahun 2017 lepas demi merancakkan lagi ekonomi antara dua negara.

Dekat Aruk ni bukan ada pintu gerbang sempadan je, di sana juga ada ‘Aruk Pasar Modern’ di mana ada foodcourt dan rest area untuk pengunjung berehat.

Kalau COVID 19 dah lenyap dari dunia ni, bolehlah kita melawat kawasan sempadan ni ye. Macam best je! 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*