Pemuda korbankan kerjaya di KL, sanggup balik kampung ‘kerja’ bertahun tanpa cuti jaga bapa ada peny4kit 3 ser4ngkai, bermacam s4kit lain

SAYU menyaksikan video dua beranak ini di aplikasi TikTok.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah realiti yang dilalui oleh seorang pemuda yang tidak pernah jemu menjaga bapanya.

Di sebalik video yang menyentuh emosi itu, pemuda berkenaan juga sanggup mengorbankan kerjaya dan masa depannya demi bapa yang tersayang.

Syahid Abdullah berkata, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai eksekutif khidmat pelanggan di Kuala Lumpur untuk menjaga bapanya di Ipoh, Perak pada akhir 2019.

“Abah (panggilan bapa) yang berusia 73 tahun tak larat sebab dah tua. Dia ada banyak peny4kit. Abah minta bantuan saya untuk jaga dia di kampung.

“Bos saya ketika itu terkejut dengan keputusan saya untuk berhenti kerja. Dia cakap kenapa nak berhenti, boleh saja transfer ke cawangan di Ipoh.

“Bukan saya tak nak, tapi melihatkan kedaan abah yang begitu uzur, jadi saya mahu fokus satu benda iaitu menjaga abah,” kata pemuda berusia 38 tahun itu kepada mStar.

jaga abah mainpic 4

Tangkap layar video Syah di aplikasi TikTok.

Lebih mesra disapa Syah, katanya, sejak itu sepanjang masa dia menjaga bapanya di rumah, sementara ibunya pula dijaga oleh abangnya.

“Abah ada macam-macam peny4kit… diabet1s, kencing manis dan darah tinggi, peny4kit tiga ser4ngkai. Sekarang abah hidup dengan satu buah pinggang selepas pembed4han 10 tahun lepas akib4t k4nser.

“Sebelum ini abah pernah kena minor str0k pada Julai 2020 menyebabkan kaki dia tak dapat bergerak. Sekarang kedua-dua kaki abah tak kuat untuk berjalan atau berdiri lama dan perlu pakai kerusi roda,” ujar anak bongsu daripada tujuh beradik itu.

Tambahnya, doktor pada Mei lalu memberitahu bapanya yang merupakan pesara kerajaan itu mengalami dimens1a dan kemungkinan mengh1dap peny4kit Alzheimer.

jaga abah 2

Bapa Syah ketika pemeriksaan kesihatan.

“Abah hanya ingat memori lepas, yang baru dia tak berapa ingat. Benda-benda yang melibatkan nombor seperti alamat rumah, nombor telefon abah tak tahu.

“Doktor nasihat kena jaga-jaga sentiasa pantau abah sebab tak tahu alamat rumah, tak tahu kira duit dan nombor telefon kalau dibiarkan keluar bersendirian,” ujarnya sambil menambah dia hampir setiap minggu membawa bapanya membuat pemeriksaan perub4tan.

Abah pesan apa pun yang jadi, apa dugaan yang dilalui, kita serahkan pada Tuhan. Selagi benda tu baik, kita buat

SYAH

Bukan sekadar itu, dia juga perlu menjaga makan dan minum bapanya serta memberikan ub4t dan mencuci lvka kesan peny4kit yang dialami.

“Jujurnya, mula-mula dulu memang struggle tu, emosi abah kena jaga. Alhamdulillah sekarang lebih terkawal.

“Buat masa ini saya menjadi ejen hartanah sambilan bila ada job. Kalau ada, adalah komisyen… lagipun saya tak boleh tinggalkan abah lama-lama. Perbelanjaan kami cukup-cukup,” katanya sambil menambah sumber kewangan kini bergantung pada pencen bapanya.

jaga abah mainpic 5

Mer4wat lvka bapa merupakan antara rutin Syah di rumah.

Syah berkata, video mengenai rutin harian menjaga bapanya di aplikasi TikTok bertujuan menunjukkan bahawa dirinya belajar dari pengalaman dan mahu berkongsi dengan mereka yang menonton.

“Kalau nak jaga mak ayah kita yang uzvr, kena kuat m3ntal dan mempunyai kesabaran tinggi. Saya tak ada cuti, setiap hari kena tengok dan badan kena sentiasa sihat dan cergas.

“Kalau saya sakit, siapa nak jaga abah. Tinggal bersama dan menjaga abah merupakan permintaan abah. Pada saya rezeki itu luas, insyaAllah ada rezeki nanti.

“Abah pesan apa pun yang jadi, apa dugaan yang dilalui, kita serahkan pada Tuhan. Selagi benda tu baik, kita buat… saya akan jaga abah sampai bila-bila,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*