
Sebuah kereta berjenama MyVi ini sering sahaja mendapat perhatian ramai. Diberi gelaran ‘raja jalan raya’ disebabkan kenderaan ini memiliki kebolehan luar biasa dari kereta biasa. Bak kata budak-budak zaman sekarang, bukan biasa-biasa!
Kelebihan kenderaan ini juga sebenarnya bergantung kepada pemandu dan pemiliknya sendiri. Jika miliki keberanian, memang semua pun boleh jadi. Sebelum ini kereta MyVi redah banjir pernah mendapat perhatian umum. Kali ini rakaman MyVi redah off road masuk kebun durian pula membuatkan ramai kagum.
Dalam dua video yang dikongsikan di Facebook ini kelihatan MyVi putih dan kuning meredah jalan tidak rata dan nampak agak mencabar. Difahamkan kenderaan ini melalui jalan tersebut kerana mahu menuju ke kebun durian. Jom saksikan kehebatan dua MyVi ini meredah jalan penuh mencabar ini:
Wow, memang lasak habis! Perkongsian rakaman MyVi redah off road masuk kebun durian ini telah membuatkan ramai terpegun. Malah video ini juga telah meraih lebih 1,400 shares dan ratusan komen. Berikut antara reaksi orang ramai selepas menyaksikan rakaman ini yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Hahaha off-road pun boleh…kemahhhh king”
“Jangan cakap king tak payung offroad”
“Kenapa perlukan 4b4 bila korang boleh miliki myvi king”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : HCL
Leave a Reply