[VIDEO] Lelaki Alihkan Pokok Tumbang Tengah Jalan Raih Perhatian, “Aku Pulak Terasa Bangga…”

Objek seperti pokok tumbang yang menghalang jalan sememangnya membahayakan pemandu dan boleh membawa kepada kemalangan. Baru-baru ini pula, gelagat seorang lelaki yang cuba mengalihkan pokok tumbang ini menarik perhatian ramai.

Pokok tumbang itu dilihat telah menghalang jalan menyebabkan lelaki itu turun dari kereta untuk mengalihkannya. Lebih menarik lagi, dia turut dibantu oleh beberapa orang awam yang turut sama turun padang untuk membantunya.

pokok

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan situasi yang berlaku semasa suaminya cuba mengalihkan pokok tumbang itu. Pada awalnya, hanya dia seorang sahaja yang berhenti di situ untuk mengalihkannya.

Namun tidak semena-mena, muncul beberapa orang awam yang turut sama membantunya tidak lama kemudian. Malah ada yang sanggup menggunakan keretanya sendiri untuk menarik pokok tersebut ke tepi sekaligus memudahkan kerja mereka.

Mereka akhirnya berjaya mengalihkan pokok tersebut ke tepi jalan sambil seorang lagi orang awam menjaga lalu lintas. Kerjasama daripada beberapa orang awam ini turut sama menyentuh hati ramai netizen apabila mereka dilihat sama-sama membantu walaupun saling tidak mengenali.

Di ruangan komen, netizen turut memberikan pujian di atas keprihatinan mereka dalam melindungi pengguna jalan raya yang lain. Ada juga yang berseloroh mereka juga turut berasa bangga melihat usaha yang dilakukan oleh lelaki ini.

“Respect kat abang-abang yang tolong alihkan pokok tu.”

“Rakyat prihatin.”

“Aku pulak terasa bangga.”

“Ni kalau budak motor lalu dah lama diorang tolong alihkan pokok tu.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*