[VIDEO] Gadis Dikej4r Sekumpulan Angsa, Rupanya Ada Plot Twist Lain

Ramai yang cukup takut setiap kali terserempak dengan angsa kerana bimbang akan dikejar oleh haiwan ini. Bukan saja dikejar malah angsa juga biasanya akan mematuk sesiapa sahaja yang mungkin telah melalui kawasan tempat mereka ini.

Sama macam situasi yang dikongsikan oleh gadis ini apabila dia dan rakan-rakan yang lain terserempak dengan sekumpulan angsa. Malah reaksi mereka yang segera melarikan diri ini berjaya membuatkan rata-rata netizen turut terhibur melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu bersama rakan-rakannya sedang berjalan-jalan di kawasan itu pada waktu pagi. Namun mereka kemudian terserempak dengan sekumpulan angsa yang turut melalui kawasan yang sama.

Sebaik sahaja melihat sekumpulan angsa ini, mereka kemudiannya mula pan1k kerana bimbang dikejar oleh haiwan ini. Lebih melucukan, mereka segera melarikan diri sambil menjerit gara-gara takut dan panik dikejar kumpulan angsa itu.

Namun sebenarnya, sekumpulan angsa itu tidak mengejar mereka sebaliknya mereka hanya mahu masuk ke dalam kandang mereka. Bukan itu saja, kumpulan angsa ini juga sebenarnya langsung tidak menghiraukan mereka ini seperti yang disangka.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat reaksi panik dari mereka ini. Bukan sahaja tert1pu dengan kumpulan angsa itu malah mereka juga hanya membazirkan tenaga sahaja dengan tidak semena-mena berlari.

“Tak tahu lah nak kesian ke gelak.”

“Satu kampung beb dia bawak.”

“Auto jogging tanpa niat.”

“Kalau kena kejar dengan angsa memang tak cukup tanah beb lari.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*