[VIDEO] Lelaki tunjuk kekuatan sampai tepung h1nggap di muka, “Anj1ng tu pun ketawa…”

Sebuah video yang tular di Twitter menunjukkan seorang wanita mengenakan helah nak4l pada suaminya yang langsung tidak menduga bahawa dia akan dikenakan pr4nk.

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan kelihatan sungguh yakin mengangkat dua botol berisi air kerana menyangka video yang sedang dirakam isterinya adalah untuk menunjukkan kekuatannya.

Namun lain yang jadi apabila kedua-dua botol tersebut dilepaskan dari pegangannya menyebabkan tepung yang diletakkan pada tapak tangan lelaki itu tercampak ke mukanya sendiri.

Video berdurasi 57 saat itu menunjukkan lelaki tersebut mengangkat dua buah botol yang diikat pada hujung tali. Dia kemudian menadahkan tangannya sementara isterinya meletakkan beberapa keping sampul surat untuk menambah bebanannya.

Lelaki itu memejamkan mata sementara anak-anaknya membilang sampul surat yang diletakkan dalam tangan bapa mereka, tetapi sampai sampul surat keenam, isterinya tidak meletakkan sampul surat sebaliknya pinggan kertas yang berisi tepung.

Wanita itu kemudian dengan cepat menggunting tali yang disangkutkan pada tangan suaminya membuatkan botol itu jatuh dan tangan suaminya yang menahan keberatan botol-botol itu tadi tertolak ke mukanya.

Akib4tnya seluruh muka dan rambutnya diselaputi tepung membuat isteri dan anak-anaknya ketawa geli hati sementara lelaki itu kelihatan bengang rambut ‘dreadlock’nya rosak.

“Marah g1la dia…”

“Macam mana orang boleh terfikir benda macam ni…”

“Anj1ng tu pun ketawa…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*