Baru Nak Feeling Menyanyi, Gadis Tengg3lam Masuk Dalam Kolam

Memandangkan banyak masa yang diluangkan di rumah, tentunya sudah bermacam-macam aktiviti yang dilakukan di rumah. Macam yang dikongsikan tentang gelagat seorang gadis ini yang cuba menyanyi di kolam air namun lain pula yang berlaku pada akhirnya.

Pada awalnya, gadis itu hanya mahu meluangkan masa menyanyi di dalam kolam air itu kononnya seperti di dalam muzik video. Tetapi akhirnya dia hampir saja lemas apabila badannya tenggelam di dalam kolam air itu secara tidak sengaja.

menyanyi

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu memberitahu dia sebenarnya ingin menyanyi di dalam kolam air itu untuk meniru gaya seolah-olah di dalam muzik video. Turut dapat dilihat, dia sudah pun berada di dalam kolam itu sambil dalam keadaan duduk.

Sebaik sahaja dia mula menyanyi, gadis itu kemudian membaringkan badannya di dalam kolam namun secara tidak sengaja telah menenggelamkan mukanya. Kejadian itu turut membuatkan gadis itu sedikit lemas sebelum dia akhirnya bangun dari kolam itu.

Walaupun panik dengan apa yang berlaku, gadis itu kemudiannya berdekah sambil mengelap cermin matanya yang turut basah akibat kejadian itu. Dia juga dilihat mengelap mukanya yang basah gara-gara cubaannya yang mahu menyanyi di dalam kolam tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat gadis ini menyanyi. Malah ada yang berseloroh memintanya membuka dahulu cermin matanya sebelum apa-apa berlaku.

“Ye pun nak feeling buka lah spek tu.”

baru nak feeling

“Akak saya minta maaf saya tergelak…”

gadis

“Akak jangan macam ni please saya malas nak gelak hari ni.”

komen

“Feeling sangat sampai lupa bukak spek.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*