Jujur Tunggu Pemilik Motorsikal Tertinggal Kunci, Lelaki Terkejut Rupanya…

Rezeki tidak pernah salah alamat. Itulah pepatah yang sesuai menggambarkan kisah seorang lelaki warga emas yang jujur menjaga kunci motorsikal kepunyaan orang lain kerana risau motorsikal berkenaan dicvri.

Tunggu pemilik motorsikal yang tertinggal kunci

Menerusi video yang dimuat naik oleh Hasanjr11 di akaun TikTok, memaparkan seorang pemandu gojek yang menunggu pemilik motorsikal berkenaan yang tertinggal kuncinya.

Pada awalnya, lelaki berkenaan didekati oleh seorang individu yang tidak dikenali dan telah menyapanya. Rupa-rupanya individu berkenaan yang merupakan seorang Youtuber itu sedang menguji tahap kejujuran pemandu gojek tersebut.

Pelik motor ni ada kunci tapi tak ada orangnya. Jadi saya tak ambil tapi saya tunggu tuannya. Jangan sampai nanti ada orang mengambilnya. Siapa tahu nanti ada yang datang ambil motor ni.

Walau bagaimanapun, Hasanjr mengatakan bahawa motorsikal berkenaan adalah miliknya dan pemandu tersebut seolah tidak percaya lalu meminta bukti bahawa motorsikal terbabit adalah miliknya.

Rupa-rupanya dapat hadiah motorsikal

Alangkah terkejutnya apabila Hasanjr telah menghadiahkan motorsikal tersebut kepada pemandu gojek berkenaan. Lelaki warga emas itu tercengang apabila mendengar yang Hasanjr ingin menghadiahkan motorsikal kepadanya.

Betul ke? Jangan lah. Terima kasih. Janganlah, ini terlalu besar untuk saya. Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah memberikan pahala yang lebih banyak dari yang awak berikan kepada saya.

Di akhir video berkenaan, pemandu itu sempat membuat sujud syukur kerana diberikan rezeki sebesar itu dan turut memelvk Hasanjr sebagai tanda terima kasih. Video berdurasi seminit tiga saat itu meraih lebih 10 juta tontonan dan mendapat lebih sejuta tanda suka.

‘Hadiah gojek yang jujur’

KOMEN NETIZEN:

Sumber : hasanjr11

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*