Sekumpulan remaja buat surprise untuk rakan, “Member koy4k ingat celebrate…”

Sebuah video yang tular di Twitter baru-baru ini telah membuat ramai rindu meluangkan masa dengan rakan-rakan mereka apabila sekumpulan pelajar universiti menunjukkan kegembiraan mereka merancang kejutan hari jadi untuk seorang rakan.

Membuat prank atau kejutan untuk rakan-rakan adalah salah satu kenangan yang paling berharga dalam kehidupan golongan muda kerana keterujaan membuat perancangan secara rahsia dan akhirnya dapat melihat reaksi rakan selepas dikejutkan akan membuat sesiapa sahaja sejuk hati.

Seperti dalam video TikTok oleh pengguna Nabil Haziq, dia dan rakan-rakannya merancang untuk membuat surprise hari jadi bagi salah seorang rakan mereka.

Dalam video berkenaan, mereka ramai-ramai tunggu di sebalik pintu keluar hostel sambil memegang kek, dan sebaik rakan mereka itu masuk, mereka ramai-ramai menyanyikan lagu Happy Birthday, membuat rakan mereka itu kelihatan terkejut dan malu.

Tetapi rupa-rupanya pelajar lelaki berkenaan hanya berpura-pura kerana tahu surprise itu bukan untuk dirinya. Sebaliknya mereka semua kemudian berpusing ke belakang dengan serentak untuk menyanyikan lagu hari jadi kepada rakan mereka yang sudah ada di situ.

Si birthday boy pula kelihatan terharu kerana tidak menyangka kejutan itu untuk dirinya sendiri, membuat penonton turut terhibur.

“Cukup untuk membuat lelaki dewasa menangis…”

“Inilah gunanya kawan…”

“tak semua kawan sanggup keluarkan duit …”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*