Cubaan Lelaki Ini Menangkap Ayam Bikin Berdek4h, “Ayam Kena Sc4m…”

Rasanya ramai pastinya tahu bukan senang untuk menangkap ayam yang dibiarkan berkeliaran. Bukan saja perlu pantas malah taktik yang digunakan juga perlu betul. Macam gelagat seorang lelaki ini yang mencuba menangkap seekor ayam dengan caranya yang tersendiri baru-baru ini.

Walaupun nampak pelik, namun lelaki itu akhirnya berjaya menangkap ayam itu dengan gayanya yang tersendiri. Malah video itu juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari sejuta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut berdekah melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat di dalam proses ingin menangkap seekor ayam yang berkeliaran di kawasan rumahnya. Namun apa yang menarik perhatian ialah lelaki itu sempat berlakon dahulu sebelum itu dengan berjalan perlahan-lahan di belakang ayam itu.

Lebih melucukan, lelaki itu sempat berpura-pura memegang daun di pokok dahulu sebelum akhirnya menangkap ayam itu. Taktiknya itu akhirnya berjaya apabila ayam tersebut dilihat leka dan tidak perasan dengan gerak geri lelaki tersebut.

Lelaki itu kemudiannya dengan pantas menangkap ayam itu sekaligus membuatkan orang di sekeliling turut berdekah melihatnya. Sebaik sahaja ayam itu berjaya ditangkap, turut kelihatan ayam-ayam yang lain segera melarikan diri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berdekah melihat cubaan lelaki ini menangkap ayam itu. Ada juga yang berseloroh akan menggunakan taktik yang sama selepas ini sekiranya perlu menangkap ayam.

“Menangkap dengan gaya.”

cubaan lelaki ini

“Ayam pun kena sc4m.”

ayam

“Smooth je.”

komen

“Power skill kau dik. Aku baru pasang niat ayam dah lari.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*