Lelaki miliki koleksi kereta Ferrari buat ramai ternganga, “Kumpul kereta macam Hot Wheels…”

Apabila bercakap tentang koleksi barang mewah terutamanya melibatkan kereta, kita mungkin akan membayangkan seseorang itu mempunyai beberapa buah kereta di rumahnya.

Seorang lelaki ini walau bagaimanapun mempunyai koleksi kereta mewah yang agak banyak membuat ramai tergamam dengan kekayaannya.

David Lee yang merupakan seorang penjual jam dan barang kemas turut merupakan pemilik koleksi kereta Ferrari paling terkenal di dunia.

Dalam video yang tular, Lee menunjukkan koleksi kereta-kereta Ferrari yang memenuhi garajnya dan setiap sebuah kereta itu bernilai jutaan dolar AS.

Malah dia juga memiliki kereta F1 Michael Schumacher yang dipandu pelumba F1 itu sendiri. Apa yang lebih mengkagumkan, dia turut mempunyai sebuah kereta Ferrari yang dinamakan sempena namanya sendiri oleh syarikat Ferrari.

Secara keseluruhan Lee mempunyai hampir 20 biji kereta Ferrari dalam koleksinya yang mencecah sehingga $39,050,000.00 (RM 165,486,090.00) dan kekayaannya itu hasil dari menjual jam serta barang kemas kepada selebriti Hollywood seperti DJ Khalid, Rihanna, dan Justin Bieber.

Rata-rata netizen kehilangan kata-kata melihat kekayaan lelaki tersebut sehingga dapat mengumpul kereta Ferrari seperti kumpul kereta mainan.

“Jam dia jual je dah harga ferrari tu dah…”

“ternganga weh akuuuu…”

“Mcm kumpul hot wheels je…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*