[VIDEO] Main Sikat Tersangkut Dekat Rambut, Bebelan Si Abang Pula Bikin Terhibur

Semasa zaman kanak-kanak dulu, tentu ada saja yang pernah mencuba perkara-perkara di luar jangkaan sehingga akhirnya akan menyusahkan diri sendiri. Macam gelagat seorang kanak-kanak perempuan ini yang kantoi bermain dengan sikat sehingga menyebabkan rambutnya tersangkut pada sikat tersebut.

Gelagatnya yang dirakamkan oleh si abang ini turut membuatkan ramai yang dapat relate dengan situasi dialami kanak-kanak itu. Malah netizen turut terhibur mendengar bebelan dari si abang gara-gara geram melihat kenakalan adiknya ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kanak-kanak perempuan itu dilihat berada dalam masalah apabila sikat rambutnya tersangkut pada rambut. Dia juga terpaksa meminta pertolongan daripada ahli keluarganya untuk mencabutnya.

Apa yang menarik perhatian ialah gelagat si abang yang tidak habis-habis memb3bel melihat kelakuan adiknya itu. Malah dia turut sama ger4m dan sempat berseloroh meminta adiknya untuk melakukan perkara yang sama lagi selepas ini.

Turut dapat dilihat, ibu mereka yang berusaha mengeluarkan rambut kanak-kanak itu daripada sikat yang tersangkut itu. Di penghujung video, rambut adiknya itu berjaya diselamatkan di mana akhirnya kanak-kanak perempuan itu menangis gara-gara diusik oleh si abang tanpa henti.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur mendengar bebelan lelaki itu pada adiknya ini. Dalam masa yang sama, ada juga yang mengakui pernah melakukan perkara yang sama semasa kecil dahulu sehingga akhirnya menyusahkan diri.

“Aku pernah letak tayar kereta mainan yang tengah berpusing dekat rambut, lepastu menangis.”

main sikat

“Kalau mak aku potong terus. Tengok dalam cermin dah macam rambutan.”

sikat

“Weh sumpah relate. Pastu mak aku suruh abang aku yang tarik.”

komen

“Weh meriah siot sorang sakat, sorang backup…”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*