Terkejut netizen bila ada yang jumpa rumah kucing, “Siap alamat, senang JNT cari”

Buat pencinta kucing pasti sanggup melakukan apa sahaja demi memberikan keselesaan buat si manja yang dipelihara namun bagi kucing yang tidak mempunyai pemilik agak membuatkan ramai risau.

Pun begitu, usaha seseorang yang membina sebuah rumah terhadap kucing terbiar ini membuatkan ramai begitu tertarik apabila seorang pengguna TikTok berkongsikan hal itu di akaunnya, Pamella.

IMG_20210817_222908

Melalui video difahamkan dia menjumpai sebuah rumah yang dibina oleh seseorang untuk seekor kucing terbiar ini sehingga rakaman yang dimuat naik telah mendapat perhatian pengguna lain dengan ribuan mata menonton disamping ribuan tanda suka ditinggalkan.

Apatah lagi, dia sempat merakam seekor kucing yang begitu selesa berada dalam rumah tersebut yang dibina dengan rekaan cukup menarik.

Bahkan terdapat tulisan di rumah itu yang mana turut mencuit hati netizen melihatnya apabila rumah si comel itu mempunyai alamat.

Menjenguk juga di ruangan komen menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu, netizen turut berseloroh dengan adanya alamat terpampang sangat memudahkan untuk sesiapa ingin menghantar makanan.

“Harap tiada yang kebas rumah tu”

Rumah kucing

IMG_20210817_223003

“Letak la peti. Mana tahu ada yang nak pos wetfood”

Rumah kucing

“Tolong sesiapa buat house tour… nak tengok bahagian laman depan”

IMG_20210817_223011Rumah kucing

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*