Gerai buah sepi tanpa pelanggan, pemuda terkejut tengok reaksi ditunjukkan makcik ini selepas dia sengaja ‘minta kurang’ harga

“RAJIN beli dengan makcik ni, sedap colek dia,” demikian komen seorang netizen terhadap sebuah video tular di TikTok.

Video tersebut memaparkan seorang warga emas tidak jemu menunggu kehadiran pelanggan untuk singgah ke gerainya yang terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Perkongsian video tersebut dibuat oleh seorang pemuda yang berkongsi rezeki dengan warga emas berkenaan dan ia meraih hampir 50,000 tontonan di aplikasi tersebut.

Bercerita kepada mStar, Muhamad Iqmal Hakif Mohd Asri, 23, berkata dia singgah di gerai berkenaan ketika selesai membuat penghantaran barang di kawasan Pantai Cahaya Bulan.

“Saya ternampak makcik tu waktu dalam perjalanan nak COD emas di Pantai Cahaya Bulan. Makcik tu berniaga di kawasan Pengkalan Chepa, berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

“Dalam perjalanan pulang saya lalu semula di kawasan tersebut, masih lagi tiada orang yang singgah di gerai makcik itu.

Iqmal ternampak gerai makcik tersebut sewaktu dalam perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.

“Jadi saya pun singgahlah sebab tengok makcik tu macam sedang menunggu orang datang beli buah di gerainya,” ujarnya yang bekerja separuh masa sebagai ejen Public Gold Dealer.

Menurut pemuda yang mesra di sapa Iqmal itu, dia membeli buah-buahan sambil berborak dengan makcik itu dan sempat bertanyakan tentang kisah hidupnya.

Jelasnya, makcik itu tinggal bersendirian setelah kem4tian suami dan anak-anaknya pula semuanya tinggal berjauhan dengannya.

“Makcik tu bagitahu saya yang dia tinggal seorang diri, suami dah lama men1nggal dan anak-anak pula semuanya berada di luar negeri.

“Untuk berniaga, semuanya dia buat sendiri, dari potong buah sampailah bawa kenderaan untuk berniaga. Pada saya dia masih kuat la sebab mampu untuk buat semua ini walaupun dah berusia 70 tahun.

Lagipun kita tak tahu berapa lama lagi masa yang ada untuk kumpul amalan.

MUHAMAD IQMAL HAKIF MOHD ASRI

“Memang sedap colek yang dia jual tu, buahnya pula segar dan rangup bila dimakan,” kata pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa Arab di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor ini.

Menurut anak ketiga daripada tujuh beradik itu, dia memuat naik video tersebut bukan kerana mahu menunjuk amalan sedekahnya tetapi mahu memberitahu orang ramai tentang gerai tersebut.

Tambahnya lagi, amalan bersedekah dapat melancarkan rezeki seseorang.

“Harga buah-buahan yang saya beli tu RM5 je, tapi masa nak bayar saya sengaja mengusik minta kurangkan harga. Makcik tu cakap tak boleh, tapi dia tanya juga kenapa saya minta kurang… seolah-olah nak membantu juga kalau betul saya tak mampu nak bayar.

“Saya cuma tersenyum dan hulurkan RM50 kepadanya sebagai sedekah. Dia mengucapkan terima kasih dan doakan supaya saya dimurahkan rezeki.

Iqmal memberikan wang RM50 kepada makcik tersebut dengan niat bersedekah.

“Bila dah masuk dalam kereta tu saya nampak makcik tu termenung, mungkin fikirkan rezeki yang dia dapat hari ini. Tujuan saya rekod video itu bukanlah nak menunjuk, tetapi nak orang tahu tentang gerai ni dan sama-sama membantu makcik tu.

“Lagipun kita tak tahu berapa lama lagi masa yang ada untuk kumpul amalan, sedekah ini juga boleh melancarkan rezeki seseorang,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*