“Kongsi Video Sambal Jawa ‘My Style’ Masakan Ter4khir Arw4h,” Instagram Siti Sarah Akan Kek4l Aktif

Pejam celik, pejam celik, terasa sungguh pantas masa berlalu pergi meninggalkan kita. Hari ini juga, genap 10 hari arw4h Siti Sarah Raissudin men1nggal dunia akib4t v1rus Cov1d-19.

Namun, beberapa jam yang lalu akaun Instagram milik Allahy4rham Siti Sarah yang mempunyai lebih 2.8 juta pengikut dilihat berkongsi video masakan terakhir hasil air tangan arw4h iaitu sambal Jawa yang mana cukup popular dikalangan peminat Sarah.

Melalui kapsyen di video berdurasi 2 minit 22 saat itu, akaun terbabit kini dikendalikan oleh ahli keluarga Allahy4rham.

Difahamkan, akaun Instagram Sarah akan terus aktif untuk berkongsi segala perkembangan terkini empat anak arw4h serta menjadi ruang promosi perniagaan yang diusahakan arw4h sebelum ini.

“Assalamualaikum semua peminat dan kawan-kawan arw4h Sarah. Kami daripada pihak Shuib dan seluruh keluarga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kasih sayang yang diberikan kepada arw4h sehingga ke hari ini.

“Sedar tak sedar, lebih seminggu arw4h pergi meninggalkan kita. Kasih sayang yang disemai arw4h akan terus diabadikan menerusi akaun Instagram ini dan selepas ini, akaun ini akan digunakan untuk anak-anak serta promosi perniagaan yang diusahakan oleh arw4h.

Pengendali akaun tersebut turut memaklumkan masih ada beberapa rakaman video masakan yang belum dimuat naik untuk tatapan peminat.


“Sebelum arw4h pergi, arw4h sempat merakamkan beberapa video masakan terakhir ‘My Style’ yang memang digemari oleh ramai followers. Untuk pengetahuan semua, arwah memang gigih merakam dan keluarkan idea masakan, semuanya untuk peminat yang disayanginya.

“Jadi, sebagai tanda terima kasih, kami akan kongsikan video-video tersebut khas untuk peminat yang selama ini menyokong. Terus sama-sama doakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepada arw4h,” tulis pengendali akaun tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan reaksi positif dan turut meluahkan perasaan rindu pada arw4h.

Pada 9 Ogos lalu, Sarah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akib4t Cov1d-19 dan dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari pada hari yang sama. – CARI

Sumber : CARI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://www.rosemerah.dnqj.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*