“Terus pelvk” – [VIDEO] Hampir 9 Bulan Tak Jumpa, Reaksi Anak Kecil Bertemu Ibu Buat Ramai Seb4k

Bukan senang boleh dikatakan untuk seorang ibu bapa bekerjaya, apabila terpaksa berpisah jauh dengan anak-anak di rumah untuk satu tempoh yang lama.

Cuba bayangkan perasaan wanita ini, apabila dia terpaksa berada di perantauan atas komitmen kerja dan berpisah dengan anak yang masih kecil berbulan lamanya.

Hampir 9 bulan terpisah

Untuk ibu bapa di luar sana, apa yang anda akan rasa bila terpaksa untuk berjauhan dengan anak masih kecil dalam satu tempoh yang lama? Mesti banyak perkara bermain di fikiran ketika itu ditambah pula dengan rasa rindu yang menebal.

Itulah dirasai oleh seorang wanita ini, apabila videonya yang dimuat naik kurang daripada tempoh 24 jam ini menjadi perhatian ramai. Menerusi perkongsian @ymsfaralhaqq, dia menunjukkan reaksi anak kecilnya ketika dia pulang ke rumah selepas lama tak bertemu.

Dalam video itu, ketika wanita dikenali sebagai Puan Farllinie tersebut muncul di pagar rumahnya, anaknya seperti tak percaya dan terus berjalan ke arah ibunya dengan perlahan sambil menangis. Paling menyentuh hati, apabila kedua anak-beranak tersebut menangis sambil berpelvkan.

Menurut wanita tersebut, dia tak menjangkakan reaksi sebegitu dari anaknya sebab dia kan mengelak setiap kali mereka video call bersama.

Bekerja di Arab Saudi

Posting tersebut mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi daripada golongan wanita yang seakan faham dengan perasaan ibu dan anak tersebut.

Selain itu juga, Puan Farlinie menjelaskan yang mereka terpisah lama sebab komitmen kerjanya di Arab Saudi. Dia turut memberitahu bahawa sebelum pandemik ini melanda, anaknya tinggal bersama dan mula menghantarnya pulang ketika pandemik ini berlaku.

“Meleleh air mata saya sis”

Menjengah ke ruangan komen, nyata video tersebut membuatkan rata-rata netizen jadi seb4k. Di samping itu juga, ada yang turut berkongsi pengalaman mereka yang seakan sama dilalui oleh Puan Farlinie itu.

Ya Allah seb4knya tengok.. Siapa potong bawang ni?!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*