Pengawal Keselamatan Main Dengan Kucing Buat Ramai ‘Cair’

Siapa sahaja yang dapat menahan diri melihat kecomelan kucing kan? Mungkin itu lah yang dirasai oleh seorang pengawal keselamatan ini apabila dia dirakamkan sempat bermain dengan seekor anak kucing semasa bertugas. Gelagat mereka ini turut sama menarik perhatian netizen di mana ramai yang turut ‘cair’ melihat mereka bermain bersama.

Bukan sahaja nampak comel malah aksi mereka yang saling mengejar satu sama lain turut membuatkan netizen terhibur melihatnya. Video itu juga tular dikongsikan di media sosial apabila ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pengawal keselamatan itu dilihat sedang bertugas di luar bangunan itu sambil ditemani oleh seekor kucing. Namun tidak lama kemudian, anak kucing itu mula mengajaknya bermain bersama di sebalik podium kayu itu.

Pengawal keselamatan itu kemudian mula melayannya bermain dengan mengejar anak kucing itu yang menyorokkan dirinya. Anak kucing itu juga dilihat beberapa kali meny0rokkan dirinya daripada dikejar lelaki itu.

@askton28

#Cat #securityguard #stressreliever

♬ Milk Tea – Official Sound Studio

Lebih mencuit hati, pengawal keselamatan itu kemudian kembali bertugas apabila ada beberapa orang yang lalu di hadapan mereka itu. Namun dia kembali melayan anak kucing itu sebaik sahaja individu itu beredar daripada kawasan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat pengawal keselamatan itu melayan anak kucing tersebut. Malah ada yang berseloroh mungkin itu adalah t4ktik kucing itu untuk meng4nggu lelaki itu bertugas.

“Saya harap dia bela anak kucing tu.”

pengawal keselamatan

“Kucing tu dalam misi nak kacau lelaki tu…”

kucing

“Sump4h comel betul…”

komen

“Ketawa sendiri aku lihatnya.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL/Koleksi Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*