Tular cabaran berjalan di atas susunan peti susu, akhirnya ada pemenang

Cabaran berjalan di atas susunan peti susu atau dikenali sebagai ‘Milk Crate Challenge’ yang sebelum ini pernah menjadi trend pada tahun 2011 kini kembali popular di TikTok apabila ramai yang cuba melakukan cabaran itu.

Setelah banyak kegagalan dan keced3raan yang berlaku akib4t trend berkenaan, ramai individu cuba menggunakan pendekatan berbeza untuk memenangi cabaran tersebut.

Namun masih belum ada individu yang berjaya mengharungi cabaran tersebut, sehinggalah baru-baru ini apabila sebuah video yang tular menunjukkan seorang wanita akhirnya berjaya menaiki dan menuruni timbunan peti susu tanpa terjatuh.

Dalam video yang telah meraih 1.2 juta tontonan, wanita bernama Tee itu dilihat sedang berdiri di atas puncak timbunan peti susu yang disusun di halaman rumah sementara rakan-rakan dan jirannya menyaksikannya dengan penuh debaran.

Dengan gementar Tee cuba untuk menyeimbangkan dirinya agar tidak terjatuh sebelum dia berlari ke bawah sambil orang ramai bersorak.

Dia akhirnya berjaya turun dari timbunan bekas susu itu tanpa terjatuh atau meruntuhkan susunan peti susu berkenaan. Kapsyen video tersebut menyatakan bahawa orang ramai bertaruh ke atasnya namun kejayaan yang tidak disangka-sangka itu membuat dia memenangi sejumlah besar wang.

“Ada yang dah menang?”

“Kalau aku yang cuba buat…”

“Mana korang dapat banyak-banyak bekas tu…”

“Nampak sakit kalau kalah…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*