“Kami baru kehilangan mak” – Lelaki Mohon Pulangkan iPhone 11 Hilang Ketika Kemal4ngan, Ada Gambar Kenangan Arw4h Ibu

Seorang lelaki bernama Meor Mohammad Noriman memohon agar sesiapa yang ada terambil telefon pintar iPhone 11 milik adiknya untuk pulangkan. Menurut Meor, adiknya, Muhammad Amirul telah terlibat dalam kemal4ngan di Tambun, Ipoh baru-baru ini ketika sedang bertugas sebagai penghantar makanan Foodpanda.

Menerusi perkongsian di Facebook Viral Perak, Meor berkata dia berharap agar telefon itu dipulangkan kerana terdapat gambar kenangan adik bersama arw4h ibu mereka.

Adik saya Muhammad Amirrul (Am) baru saja kemal4ngan di Tambun semasa ingin menghantar/ pulang makanan (Foodpanda).”

Tujuan saya menulis ini adalah untuk memberitahu sesiapa yang menjumpai telefon bimbit jenis Iphone 11 di lokasi kejadian harap dapat mengembalikan semula.”

Menurut Kosmo, dia turut meminta orang ramai agar mendoakan adiknya yang mengalami keced3raan pat4h kaki serta memaklumkan mereka sekeluarga kehilangan ibu, Siti Sariah binti Sayed Idun pada 10 Julai yang lalu.

Mohon jasa baik sesiapa yang jumpa nak ambil telefon silakan tapi gambar itu sangat berharga.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://lobakmerah.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*