“Kau kan adik kembar kakak” – Gara-gara Nama Lebih Kurang Sama, IG Zarina Zainoordin Sering Dapat Tempahan Pulut Kuning

Sekali imbas, nama memang lebih kurang sama, tapi orangnya berbeza sampaikan ada peminat tersalah orang bila nak berinteraksi.

Kata penyanyi dan pelakon Zarina Zainoordin ini, dia seringkali disalah anggap dengan pelakon Zarina Zainuddin.

Antara kekeliruan yang berlaku adalah menerusi posting yang terbarunya di Instagram.

“Saya tak pandai buat pulut kuning macam mana nak pos”

Bagi yang mengikuti Instagram Zarina Zainuddin, pasti mereka akan tahu bahawa pelakon ini ada buat perniagaan pulut kuning dengan lauk rendang sejak beberapa tahun yang lalu.

Mungkin disebabkan keliru, Zarina Zainoordin terima pertanyaan mengenai pulut kuning daripada seorang peminat dengan bertanyakan samada ada pos di Terengganu atau tidak.. Terhibur dengan kekeliruan ini, dia ada mention tuan empunya badan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZarinaAf2 (@zarinazainoordin)


Disebabkan terpanggil dengan kekeliruan itu, ini respon Zarina Zainuddin menerusi ruagan komen.

Kau kan adik kembar akak yang versi putih melepak .. aduhaii meh sini akak post pulut tu sapa nak meh”

Menurut bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua ini, kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku, menerusi ruangan komen, Zarina Zainoordin menjelaskan bahawa dia seringkali terima tempahan itu.

Rata-rata netizen dan rakan artis juga terhibur apabila melihatnya.

Biarpun seringkali hadapi kekeliruan ini, Zarina Zainoordin dilihat bersikap terbuka dan tidak melatah. 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*