“MasyaAllah, senang sangat tengok” – Netizen Sejuk Hati Lihat Perubahan Zul Ariffin Semakin Dekati Agama

Ramai netizen terutamanya pengikut dan peminat setia pelakon filem J Revolusi, Zul Ariffin dikatakan berasa gembira melihat dia semakin mendekati agama. Apatah lagi pelakon berusia 34 tahun itu dilihat ada berjumpa dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Melalui Instagram, Zul ada berkongsi fotonya bersama Ebit Lew semalam dan meskipun tidak menerangkan lebih lanjut tentang pertemuan mereka berdua namun dia meluahkan rasa bersyukur.

Alhamdulillah, semalam sangat hebat.”

Bukan itu saja, Ebit Lew juga dilihat turut berkongsi gambar bersama Zul dan pelakon Norman Hakim di Instagram peribadinya serta meminta agar orang ramai mendoakan urusan mereka.

Doakan ye. Syukur dapat berjumpa ramai sahabat baik yang dikasihi demi ummah. Terharu dengan sifat dan akhlak mereka. Baik sangat.”

Rata-rata pengikut mereka di Instagram tumpang gembira dan akui seronok melihat perubahan pada diri pelakon itu. Ada yang luah rasa syukur dan teruja melihat pertemuan mereka dan mendoakan agar apa saja urusan yang dirancang itu dipermudahkan olehNya.

Sebelum ini, Zul Ariffin ada meluahkan rasa tertekan yang dilaluinya disebabkan pendemik Cov1d-19 dan melalui perkongsiannya itu, hero berbadan tegap ini turut menitiskan air mata ketika bercerita tentang kehidupannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*