Ramai Yg Tak Tahu, 10 Pelakon Bollywood Ini Merupakan Ibu Tunggal

Dalam hal membesarkan anak-anak biasanya dilakukan oleh pasangan yang sudah berkahwin dengan berkongsi tugas dan segala keperluan anak-anak. Namun, berbeza bagi mereka yang telah memutuskan untuk bercer4i, apatah lagi sudah dikurniakan anak. Status ibu tunggal juga mesti dihadapi sekiranya hak penjagaan jatuh kepada pihak si isteri.

Perkara ini terjadi kepada 10 selebriti Bollywood yang kami senaraikan di bawah. Walaupun hal ini berlaku, namun mereka tetap kuat dan tabah membesarkan anak-anak mereka dengan sempurna. Siapakah mereka? Jom kita tengok!

1. Karisma Kapoor

via Ig

Karisma mempunyai 2 orang anak iaitu Samaira dan Kiaan Raj Kapoor. Dia yang menjaga kedua-dua anaknya dan sering kelihatan menghadiri aktiviti sekolah dan bercuti bersama-sama dengan anak-anaknya. Karisma yang selalu dikelilingi oleh keluarga tercinta menjadi lebih kuat dalam membesarkan anak-anaknya.

2. Sushmita Sen

via Ig

Sushmita Sen yang merupakan pemenang Miss Universe telah memutuskan untuk mengambil 2 orang anak angkat iaitu pada tahun 2000, Renee dan anak keduanya pada tahun 2010 iaitu Alisah. Malah dia juga memberi ucapan yang menyayat hati pada hari perpisahan anak perempuannya. Dia menjadi ibu tunggal yang menjalankan tanggungjawab dengan begitu hebat.

3. Raveena Tandon

via Ig

Sama seperti Sushmita Sen, Raveena Tandon juga mengambil 2 orang anak angkat, Chhaya dan Pooja pada tahun 1995. Anak pertamanya Chhya yang telah mengikat simpul dalam acara perkahwinannya. Dia merasakan itu adalah keputusan terbaik yang pernah dilakukannya.

4. Amrita Singh

via Ig

Amrita Singh adalah bekas isteri kepada pelakon Saif Ali Khan dan ibu kepada Sara dan Ibrahim. Sara kini adalah seorang pelakon dan Ibrahim juga akan memulakan kariernya dalam bidang yang sama. Amrita boleh dikategorikan sebagai ibu yang berjaya dalam membesarkan anak-anaknya.

5. Neena Gupta

via Ig

Neena Gupta telah jatuh cinta dengna pemain kriket dari Hindia Barat yang bernama Vivian Richards. Mereka tidak pernah bernikah tetapi mempunyai seorang anak yang bernama Masaba Gupta. Neena membesarkan anaknya sendirian sebagai seorang ibu tunggal.

6. Pooja Bedi

via Ig

Kerana perbezaan pendapat, Pooja dan Farhan telah bercer4i dan selepas itu, Pooja menjadi ibu tunggal yang membesarkan 2 orang buah hatinya. Anak perempuannya baru sahaja menceburi bidang lakonan.

7. Reena Dutta

via deccan chronicle

Bekas isteri kepada pelakon Aamir Khan ini mempunyai 2 orang anak iaitu Junaid Khan dan Ira Khan hasil dari perkahwinan mereka. Selepas berpisah, Reena fokus untuk membesarkan anak-anaknya.

8. Babita

via Ig

Ibu kepada pelakon cantik Karisma Kapoor dan Kareena Kapoor ini menjaga sendiri kedua-dua anaknya setelah bercer4i dengan Randhir Kapoor.

9. Sarika

via Ig

Sarika ialah bekas isteri kepada pelakon legenda, Kamal Haasan. Mereka tinggal serumah tanpa ikatan perkahwinan dan dari hubungan itu, lahirlah seorang anak yang bernama Shruti Haasan. Setelah itu, Sarika telah berkahwin dengan Kamal Haasan pada tahun 1985. Mereka dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan, Akshara. Namun mereka tidak dapat mempertahankan rumah tangga mereka dan akhirnya memutuskan untuk bercerai. Kedua-dua anak mereka kini sama-sama telah menjadi selebriti Bollywood.

10. Konkona Sen Sharma

via Ig

Konkona mempunyai seorang anak lelaki, Haroon. Selepas bercer4i dengan suaminya Ranvir Shorey, dialah yang membesarkan anaknya itu sendirian.

Itulah antara barisan pelakon yang sangat tabah dalam membesarkan anak-anak mereka tanpa suami di sisi. Walaupun segalanya terletak di tangan mereka namun mereka tetap kuat demi masa depan anak-anak mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://murai.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*