Gigih menari TikTok promosi produk kecantikan, ahli skuad Jervng Merah berkulit gelap cekal hadap h1naan – “Saya bisnes mahu bantu keluarga”

NAMA ‘skuad Jervng Merah’ tiba-tiba menjadi fenomena dalam kalangan netizen di negara ini.

Segalanya bermula selepas tular kisah sekumpulan gadis sering menghasilkan video TikTok untuk promosi produk jualan mereka.

Malah, ketua kumpulan itu, Siti Sofia Mahyuddin, 23, yang memiliki hampir setengah juta pengikut di TikTok turut ditemuramah oleh mStar pada 22 Ogos lalu.

Terbaharu, salah seorang ahli skuad itu, Nurul Ain Nordin, 22, meraih simpati netizen selepas dirinya menjadi m4ngsa ‘b0dy sham1ng’ menerusi platform media sosial tersebut.

Malah, video memaparkan gadis itu menahan seb4k gara-gara pengh1naan berkenaan turut tular sehingga meraih 1.8 juta tontonan.

Mesra disapa Ain, anak sulung daripada dua beradik itu mengakui pernah terdetik untuk berhenti menghasilkan video TikTok gara-gara kec4man yang diterima.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Ada orang cakap saya hitam, muka berjerawat, suara sengau, suara macam jantan dan macam-macam lagi. Bila dapat kec4man, saya rasa down.

“Ada juga terfikir nak berhenti buat video sebab orang meng4ta muka saya. Tapi saya fikir, kalau orang kec4m apa-apa, lebih baik kita diamkan diri.

“Kalau kita balas kec4man, orang pun akan balas balik. Jadi saya abaikan saja kata-kata neg4tif,” ujarnya kepada mStar.

ain2

Ain sabar berhadapan komen kec4man di media sosial.

Imbas Ain, dia mula berniaga produk kecantikan sejak setahun lalu, namun sejak kebelakangan ini aktif menghasilkan video promosi bersama skuad itu.

Tambahnya lagi, ia bukan satu proses mudah memandangkan mereka semua tidak biasa beraksi di hadapan lensa kamera.

Namun kata Ain, dia tetap berusaha keras demi memajukan diri bagi mengubah nasib keluarganya yang menetap di Marang, Terengganu.

Mula-mula masuk skuad Jervng Merah, saya rasa takut. Kadang-kadang rakam video sampai 10 kali.

AIN

“Mula-mula dulu orang tak kenal saya, nak cari pelanggan pun susah. Sekarang pula orang makin kenal, makin ramai yang nak join.

“Mula-mula masuk skuad Jervng Merah, saya rasa takut. Kadang-kadang rakam video sampai 10 kali. Penat sejujurnya kerana kami rakam video tengah panas.

“Saya join bisnes sebab nak bantu keluarga. Ayah saya jual burger, mak pula pembantu tadika. Alhamdulillah, penat lelah rasa berbaloi lebih ramai customer masuk sekarang,” ujarnya.

Di sebalik kec4man, Ain cukup berterima kasih kepada netizen yang tak putus memberikan sokongan moral buatnya.

“Awal-awal memang saya tak jangka akan ke tahap ini. Saya rasa seronok bila dapat kawan, pelanggan dan followers baharu.

ain3

Dalam kec4man yang diterima, Ain turut terharu dengan sokongan yang diberikan kepadanya.

“Rakan-rakan dalam skuad Jervng Merah banyak beri sokongan kepada saya. Saya juga terharu baca komen netizen, ramai yang bagi kata-kata semangat,” ujarnya lagi.

Kata Ain, dia memasang impian membawa kedua orang tuanya ke tanah suci Makkah dan mahu membeli kereta sendiri pada tahun depan.

Untuk rekod, video-video skuad Jerung Merah yang membuat promosi produk jualan mereka dengan gaya bersahaja menerima reaksi berbeza netizen sejak mereka tular baru-baru ini.

Ada yang terhibur, tak kurang juga yang mengec4m mereka sehingga ahli kumpulan itu digelar memalukan negeri Terengganu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*