Terkejut Dengan Sel0roh Mak Tiri, Sharnaaz Ahmad Setuju Nabila Tap1s Dulu – ‘Kena La Tengok Siapa Nak Jaga Jebat’

Hubungan mesra antara Sharnaaz Ahmad dan pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz pernah menjadi tumpuan ramai orang. Kemesraan yang terjalin sesama mereka turut mendapat restu dalam kalangan peminat.

Kalau ada jodoh terus kahwin

Menjawab status hubungan mereka, Sharnaaz, 36, berkata dia dan Azira sekadar berkawan biasa. Bagaimanapun, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengakui ahli kumpulan pop wanita Malaysia, De Fam itu mempunyai ciri-ciri isteri yang diinginkan.

Saya serahkan kepada yang berkuasa (Allah). Tapi bagi saya, saya kawan dengan semua orang. Kalau ada lebih (hubungan), biar la antara saya dan dia saja yang tau.

Apa yang saya boleh cakap, Azira seorang yang sangat baik. Dia sangat lembut, susah dia nak tinggikan suara. Sekarang kami berkawan, kalau lebih daripada itu terus kahwin. Apa pun, Jebat kena approve dulu.. dia boleh panggil mummy, okey jalan (teruskan).

Masa muda boleh la demand dalam ciri-ciri isteri. Bila dah berusia ini, lebih pada keserasian tapi cantik itu pasti. Azira ada la ciri-ciri itu.

Terkejut dengan respon Nabila

Sementara itu, pelakon filem Jebat menyatakan dia terkejut dengan kenyataan bekas isterinya, Noor Nabila yang berseloroh supaya mana-mana wanita yang memasang niat untuk menjadi ibu tiri kepada Jebat perlu dit4pis olehnya terlebih dahulu.

Saya pun tak tau tapi terkejut juga bila dia cakap macam tu. Tapi betul la apa dia cakap.. dia ibu kandung Jebat jadi kena tengok la mak tiri. Bapa tiri ini lain cerita, dia tak peduli sangat pasal anak. Nabila kena la tengok siapa yang nak jaga anak dia.

Sharnaaz berkata demikian ketika sesi temu bual bersama Melodi yang disiarkan pada Ahad lalu.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercer4i pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahk4mah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat pada 30 Ogos 2018.

Sumber : Youtube TV3MALAYSIA Official

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*