“Lepas g1an betol ni” – [VIDEO] Lelaki Tunjuk ‘Bakat’ Beli Dekat Kedai Spiderman, Und4ng Hibur Netizen

Setiap seorang daripada kita ni, mesti ada cara tersendiri nak hiburkan hati lagi-lagi sejak perlu berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni dijalankan. Paling seronok, kalau seseorang kita kenal tu ada perangai g1la-g1la dia yang buat orang lain berdek4h bila tengok.

Macam kisah nak dikongsi kali ini, apabila aksi tak disangka-sangka oleh seorang lelaki yang boleh  buatkan kita rasa terikut nak berjoget bila melihat.

Nampak Spiderman jual air tepi jalan

Baru-baru ini viral sebuah video menunjukkan usaha peniaga air ini yang siap gunakan konsep superhero untuk tarik pelanggan mereka di sekitar daerah Bahau, Negeri Sembilan.

Posting ini dikongsikan oleh @puteridaisyy, di mana dia dan suaminya terserempak dengan beberapa peniaga memakai kostum Spiderman sebagai tarikan jualan mereka. Menurut Puteri, dia dan suaminya dah berapa kali nak beli air dari peniaga tersebut tapi tak ada rezeki sebelum ini.

Video:

@puteridaisyy

kita kongsi rezeki, inshaAllah 🤲🏻❤️ #fypage #fypシ #masukberandafypシ

♬ original sound – bukan puteri biasa – bukan puteri biasa

Suami siap ‘buka langkah’

Namun apa yang menarik perhatian ramai, ialah gelagat suaminya yang siap berjoget semasa turun dari kereta untuk membeli air tersebut.

Dalam video tersebut, terlihat peniaga-peniaga itu membuka lagu sambil berjoget mengikut rentak lagu dimainkan. Tak nak ketinggalan, lelaki tersebut turut sama menyerlahkan ‘bakat’ terpendamnya di hadapan peniaga air berkenaan.

Mungkin sebab dah lama sangat simpan step, dia dilihat tak berhenti berjoget walaupun terdapat banyak kenderaan yang lalu kawasan tersebut masa tu.

Perkongsian video itu semakin menjadi perhatian ramai, dan sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih dari 820k views di TikTok.

“Nampak pro langkah tu”

Di ruangan komen, nyata tindakan lelaki tersebut membuatkan netizen terhibur dengan kerenahnya. Ada yang mengatakan seakan lelaki tersebut dah lama simpan langkahnya itu dan selain menyifatkan dia sangat sporting untuk menghiburkan peniaga itu sendiri.

Nampaklah lama dia simpan gian tu, memang sporting habis!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*