Masuk PPV nak cucvk vaks1n, pengantin terkejut ada ‘majlis’ kahwin dirancang… siap ada show silat, kompang – “Nasib baik kami nikah betul-betul”

SIAPA sangka tarikh janji temu seorang wanita untuk menerima dos kedua vaksin C0v1d-i9, secara kebetulan jatuh pada hari pernikahannya.

Kehadirannya dalam persalinan busana pengantin warna putih mencvri tumpuan di Pusat Pemberian Vaks1n (PPV) Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Pahang.

Tidak bersendirian, dia turut ditemani suami yang lengkap berbaju Melayu dan samping songket berserta songkok, ibarat pasangan Raja Sehari.

Pengantin perempuan, Fazira Asmawati Muhd Razali berkata, janji temu dos kedua vaks1nnya adalah pada hari pernikahannya 31 Ogos lalu di mana tarikh tersebut telah ditetapkan lebih awal.

Wanita berusia 25 tahun itu bagaimanapun tidak menyangka video berkenaan yang baru dikongsi di laman sosial pada Rabu, menjadi tular.

“Saya hadir ke PPV untuk d0s pertama vaks1n pada 10 Ogos lalu. Selepas selesai dapat sunt1kan, baru dapat tarikh untuk dos kedua iaitu 31 Ogos.

“Masa tu tak sangka apppointment jatuh pada hari yang saya nikah, sedangkan tarikh nikah di masjid dah dapat lebih awal. Memang rasa cuak masa tu,” katanya kepada mStar.

pengantin ppv 4

Pengantin bersama keluarga selepas akad nikah.

Lebih mesra disapa Fiera, pada mulanya dia bercadang untuk menangguhkan janji temu d0s kedua vaks1n kerana mahu memberi laluan kepada pernikahannya mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di Kuantan.

“Selepas berbincang dengan suami kira-kira seminggu sebelum nikah, katanya lebih baik diteruskan appointment vaks1n, Nanti kalau cancel, ambil masa untuk dapat tarikh baru.

“Jadi, saya ke PPV selepas nikah di masjid. Memang datang pakai baju pengantin, sebab ada mask jadi tak la rasa segan,” ujar anak kelahiran Kuantan itu.

pengantin ppv 5

Pengantin memasuki dewan di PPV.

Menurut Fiera, dia bersendirian masuk bagi menerima vaks1n kira-kira pukul 1.30 petang sementara suami yang menemaninya ke PPV menunggu di dalam kereta di kawasan parkir.

“Nak dekat masuk ke tempat cucvk vaks1n, penyelia di PPV jumpa saya dan cadangkan untuk panggil suami masuk sekali sebab pertama kali mereka terima kehadiran pengantin, kebiasaannya penerima vaks1n yang datang berpakaian kostum.

“Kebetulan masa tu memang tak ramai orang dan proses berjalan sangat cepat, jadi saya keluar sekejap untuk panggil suami teman sekali ke dalam dewan,” katanya sambil menambah dia mengenali suaminya sejak enam tahun lalu.

pengantin ppv 2

Bersama petugas di PPV.

Bagaimanapun dia tidak menyangka sama sekali sebaik kembali masuk ke dewan mereka disambut oleh seorang petugas yang membuat ‘pertunjukan’ silat.

“Petugas buat ‘show’ bermain silat tu seperti yang biasa dilakukan di kenduri kahwin apabila menyambut ketibaan pengantin. Selepas selesai cucvk, mereka pasang lagu kompang pula, macam pengantin sedang berarak ke pelamin.

Suasana macam kenduri kahwin, cuma tak ada makan nasi minyak dan pelamin

FAZIRA ASMAWATI MUHD RAZALI

“Kebetulan pula hari tu adalah Hari Kebangsaan jadi kesemua petugas di PPV memakai baju tradisional seperti baju Melayu dan baju kurung, seolah-olah tetamu majlis. Siap ada yang ucapkan tahniah kata selamat pengantin baru bila kami lalu,” katanya.

Fiera yang mengusahakan gerai makan berkata, situasi yang berlaku tanpa dirancang itu menghidupkan suasana seperti sebuah majlis kahwin.

pengantin ppv 3

Pengantin (hadapan, tengah) selepas pihak perempuan menerima d0s kedua vaks1n.

“Memang tak sangka, nasib baik kami ni nikah betul-betul. Walaupun semua mengikut SOP, tapi suasana macam kenduri kahwin, cuma tak ada makan nasi minyak dan pelamin.

“Majlis nikah kami pun berlangsung serba ringkas dihadiri keluarga terdekat. InsyaAllah kami rancang nak buat makan-makan secara sederhana pada masa akan datang, dan sudah tentu kena ada nasi minyak!” ujarnya secara berseloroh.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :  mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*