[VIDEO] Sharnaaz s1ndir pakai serban, cakap pelat… Caprice tak duduk diam – ”Dari jauh je berani sotong, nak cari masalah dengan saya?”

BERMULA sebagai gurauan, nampaknya gelagat pelakon Sharnaaz Ahmad mengusik rakan selebritinya iaitu Shukri Yahya semasa Instagram live akhirnya mengundang rasa kurang senang Caprice.

Walaupun Sharnaaz tidak menyebut sebarang nama, namun filter memakai serban dan slang gaya percakapannya semasa bersiaran dipercayai menyerupai penyanyi rap berkenaan.

“Dekat Jordan… tadi ada orang kirim key chain sama saya. Kau nak key chain… saya sudah bawa key chain ini. Bang bang,” kata Sharnaaz secara berseloroh.

Gurauan Sharnaaz itu ternyata membuatkan Shukri tidak tahan ketawa hingga dia bertindak menyembunyikan wajahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)


Bukan itu sahaja, Shukri juga kedengaran beberapa kali merayu supaya sahabat baiknya itu menukar filter yang lain.

Enggan berdiam diri, Caprice segera memuat naik video yang sama di Instagram dengan suntingan menambah klip drama lakonan Sharnaaz berjudul Suamiku Encik Sotong.

“Dari jauh je berani sotong, see you when I see you,” tulis Caprice bersama posting berkenaan.

Tidak cukup dengan itu Caprice turut berkongsi video sambil memberi peringatan kepada Sharnaaz.

“Oh mamu (merujuk kepada Sharnaaz), big mistake brother. You want to have a problem with Caprice (anda nak mencari masalah dengan saya).

“Pertama sekali, lebih baik hang (anda) tulis surat dekat (kepada) KKM minta depa (mereka) lanjutkan tempoh kuarantin saya. Restoran itu abang saya punya.

Petik nama orang tapi block orang. Lu memang penakut la.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

“Kita beri hang tiga empat jam untuk fikir secara waras. Sebab Ampang, Damansara, Kuala Lumpur terlalu kecil.

“Fikir secara waras… hubungi abang-abang anda jika benar-benar mahu masalah ini berlaku, saya akan jumpa anda Insya-Allah,” kata Caprice menerusi Instastory.

Tidak terhenti di situ, Sharnaaz yang enggan berdiam diri apabila digelar ‘sotong’ pula berkongsi paparan skrin mesej yang dihantar kepada Caprice.

“Sudah hantar lokasi, marilah sayang jemput makan tengah hari. Lauk sotong ada ini. Petik nama orang tapi block orang. Lu memang penakut la.

“Konon bawa panji Islam, jarum pun menangis pegang tangan orang. Belum kena gegar lagi,” tulis Sharnaaz.

Caprice 2

Antara perkongsian IG story Sharnaaz dan Caprice.

Bagaimanapun, Sharnaaz ketika dihubungi mStar pada Jumaat enggan mengulas lebih lanjut kerana ingin menunggu Caprice selesai menjalani tempoh kuarantin.

“Tiada komen. Nak ajak makan saja. Biarlah dia, kita tunggu habis kuarantin. Ikut perintah KKM dulu,” kata Sharnaaz secara ringkas kepada mStar.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, akhirnya pulang ke Malaysia pada 6 September selepas dua bulan berada di Mesir dan Jordan.

Menerusi laporan mStar, Caprice berkata dia perlu menjalani kuarantin selama 10 hari sebelum kembali menguruskan beberapa urus niaga yang tertangguh.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*