Lelaki Ini Tanam Pokok Pisang Di Tengah Jalan Gara-gara Ger4m Jalan Berlubang

Masalah jalan berlubang bukan hanya sering terjadi di negara yang sedang membangun seperti di negara kita, namun ianya juga menjadi masalah besar di luar negara. Seperti yang terjadi di sebuah jalan di Florida, Amerika Syarikat ini sehinggakan seorang lelaki memutuskan untuk menanam pokok pisang di tengah jalan gara-gara beng4ng dengan keadaan jalan yang rosak.

Menurut New York Post, lelaki yang dikenali sebagai Bryan Raymond itu merupakan pemilik sebuah perniagaan berhampiran jalan yang berlubang tersebut dan keadaan jalan berkenaan dikatakan agak mengganggu bisnesnya.

Sebelum datangnya idea untuk tanam pokok dalam jalan yang berlubang tu, Bryan sebenarnya dah cuba baiki jalan tu dengan mengisi lubang dengan simen namun lama-kelamaan, ianya kembali rosak.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa pihak berwajib tak datang baiki pun jalan berlubang ni. Rupa-rupanya, disebabkan jalan tu merupakan jalan persendirian, jadi kerja-kerja membaiki jalan berkenaan berada di bawah tanggungjawab pemilik perniagaan di sekitar kawasan tu.

Jadi, Bryan rasa tanam pokok pisang adalah cara yang paling mudah untuk memberi amaran kepada pemandu kereta dan penunggang motosikal agar memperlahankan kenderaan ketika melalui jalan tu.

Pemilik perniagaan yang lain di kawasan tu juga tak ada masalah dengan cara yang digunakan oleh Bryan ni sebab mereka kata kaedah ini adalah lebih baik daripada kereta mereka rosak akibat tayar termasuk dalam lubang.

Genius jugak idea ni walaupun mesti orang yang first time datang kat tempat tu terkejut habis tiba-tiba je ada pokok kat tengah jalan.

Sumber: New York Post, NBC 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*