Takut dan menje3ngkelkan! ‘Nombor telefon t1pu’ selamatkan 2 gadis dig4nggu lelaki tak dikenali di taman awam

TIADA ungkapan dapat digambarkan oleh dua gadis ini apabila mend4kwa diganggu oleh individu tidak dikenali ketika berada di sebuah taman awam.

Rakaman spontan yang dikongsi di media sosial memaparkan dua lelaki mendekati mereka yang ketika itu sedang membuat reviu makanan di taman rekreasi tersebut.

Video itu setakat ini meraih sebanyak 2.3 juta tontonan di TikTok dengan ribuan komen netizen.

Bercerita kepada mStar, Nur Khaizatul Izlynn Ruslan, 20, berkata, kejadian berlaku sewaktu dia dan rakannya, Nur Shafiah Shahirah Mohd Shahar, 19, mahu membuat revieu makanan di Taman Rekreasi Ayer Panas, Sungai Bonus, Setapak.

Tanpa disangka-sangka mereka didatangi dua lelaki tidak dikenali dan kelihatan menakutkan, dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Kawan saya nak buat reviu makanan, tempat tu cantik. Selepas habis buat reviu, ada seorang lelaki naik motosikal dengan seorang budak kecil datang ke tempat kami.

“Dia datang dekat dan minta nombor telefon, tapi kami tak bagi pun. Lepas tak dapat dia pun beredar dari situ… saya pun bukalah kamera telefon untuk rakam diri sendiri.

Mereka berdua membuat reviu di taman kerana persekitaran yang cantik.

“Tiba-tiba lelaki tadi tu datang semula dan kali ni dia bawa sekali seorang kawan. Dia park motosikal dan berdiri di sebelah kami, kemudian minta lagi nombor telefon kami tanpa henti.

“Saya minta dia supaya jangan kac4u kami, tapi dia pergi duduk pula dekat sebelah kawan saya,” katanya yang menetap di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.

Mesra disapa Elynn, dia berkata, lelaki tersebut nampak lebih mencvrigakan apabila terus mem4ksa rakannya untuk memberi nombor telefon dengan meletakkan telefon bimbitnya di hadapan gadis tersebut.

“Dia tetap tak putus asa walaupun kami tak layan… ada satu masa tu dia siap letak telefon depan kawan saya untuk taip sendiri. Sebab dah tak tahu nak buat apa, kawan saya bagi nombor telefon boyfriend dia dengan harapan lelaki itu cepat-cepat beredar,” katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua gadis ini cem4s apabila situasi selepas itu berlaku tidak seperti diharapkan yang mana dua lelaki tersebut tetap tidak berganjak walau sudah diberi apa yang diminta.

“Mereka tak balik pun, malah menelefon nombor yang kawan saya bagi sebab nak pastikan nombor tu betul ke tidak. Nasib baiklah masa dia call, boyfriend kawan saya tak angkat.

“Waktu tu dah cuak jugalah, tapi kawan saya cover cakap yang telefon dia dah habis bateri sebab tak nak kantoi. Selepas itu barulah mereka beredar dan kami rasa selamat nak kemas untuk pulang ke rumah,” katanya.

Bagaimanapun, rasa selamat itu hanyalah sementara kerana ketika berjalan keluar, mereka sekali lagi ternampak dua lelaki terbabit sedang duduk di kawasan pintu pagar keluar dari taman itu.

Bimbang berlaku perkara tak diingini, mereka berdua terpaksa mencari laluan lain dan akhirnya lalu di kawasan berumput untuk keluar.

Saya harap wanita di lur sana lebih berhati-hati bila berada di luar dan sentiasa menjaga diri.

NUR KHAIZATUL IZLYNN RUSLAN

“Bila kami dah sampai dekat tempat parking motor saya nampak mereka macam nak masuk dalam taman itu semula. Ketika kami dah nak gerak balik saya ingatkan dah habislah semua ini, rupa-rupanya mereka keluar pula dari pagar taman.

“Nampak gaya macam nak kejar kami tapi mungkin terhalang sebab dia tak pakai helmet,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya diganggu individu tidak dikenali ketika berada di tempat awam.

Sebaik pulang, keluarganya menasihatkan agar Elynn membuat laporan polis untuk keselamatan dirinya sendiri dan juga mereka sekeluarga.

“Saya rasa lega sangat bila dapat melarikan diri daripada dua lelaki tu, sebab risau kalau dia buat apa-apa pada kami.

“Kali pertama saya kena kacau macam ni. Rasa takut jugalah walaupun waktu itu ada ramai orang di sekeliling, mereka mungkin tak rasa cvriga tengok lelaki tu.

Elynn (kiri) telah membuat laporan polis untuk melindungi diri dan keluarganya.

“Saya dah pun buat cover report untuk keselamatan saya sendiri dan juga famili.

“Saya harap wanita di luar sana lebih berhati-hati bila berada di luar dan sentiasa menjaga diri. Kita tak tahu niat dan hati seseorang itu macam mana, lebih baik berjaga-jaga,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*