G4dis cuba nasib cari bapa kandung di Twitter, dalam tempoh 13 jam berjaya dikesan di Sabah

KASIH sayang antara anak dan kedua ibu bapa merupakan satu perkara yang tidak dapat dinafikan dengan kata-kata. Kasih sayang di antaranya mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak malah tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.

Namun begitu, kadang kala terdapat juga anak-anak yang terp4ksa berpisah dengan ibu atau pun bapa gara-gara permas4lahan yang berlaku di antara mereka.

Seperti situasi yang dilalui seorang g4dis ini apabila dia mencuba nasib untuk mengesan bapa kandungnya setelah sejak kecil tidak berjumpa melalui aplikasi Twitter.

G4dis dikenali Cinta itu telah memuat naik foto bapanya ketika muda bersama dengannya ketika kecil.

“Ada sesiapa kenal tak pak cik ni? May be muka lain dah sekarang, tua sikit. Sebab ni ayah I. I nak cari dia. Cuba nasib je ni,” coretnya.

Namun siapa sangka dengan kuasa tular yang memuncak pada masa kini dan pertolongan warga maya, Cinta telah berjaya mengesan bapa kandungnya.

Dalam hanya tempoh 13 jam, dia kembali dapat bersua dengan insan tercinta! Tweet yang dimuat naik meraih hampir 7,000 retweet daripada pengikutnya di Twitter.

Setelah berjaya menjejaki ayah kandung yang dirindui, Cinta kini sedang mengumpul wang untuk membeli tiket ke Sabah.

Dia juga mengucapkan terima kasih dan kesyukuran atas pertemuan yang tidak dijangka ini hasil pertolongan ramai serta kuasa tular di media sosial.

Semoga dipermudahkan segala urusan Cinta!

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : sinarharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*